SHAH ALAM - Anggota-anggota imigresen yang didakwa terlibat menerima rasuah dan berkomplot dengan sindiket penyeludupan migran perlu dikenakan hukuman berat. Peguam Norman Fernandez berkata, segelintir mereka yang terlibat itu perlu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Anggota-anggota imigresen yang didakwa terlibat menerima rasuah dan berkomplot dengan sindiket penyeludupan migran perlu dikenakan hukuman berat.

Peguam Norman Fernandez berkata, segelintir mereka yang terlibat itu perlu dikenakan hukuman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menyifatkan mereka yang melakukan perbuatan itu sebagai pengkhianat negara, Norman menegaskan bahawa ‘kesalahan yang mereka lakukan itu tidak boleh dimaafkan’.

"Ini dikira telah menjadi pengkhianat dan wajar dituduh di bawah kesalahan berat iaitu perlu dikenakan hukuman di bawah SOSMA kerana apa yang mereka lakukan ini merupakan satu kesalahan yang akan memudaratkan keselamatan negara,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Norman berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berhubung sindiket penyeludupan migran yang dikesan berjaya menjerat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan pelbagai ganjaran.

Akhbar ini juga turut melaporkan bahawa perkara itu berjaya dibongkar oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, hasil siasatan bahagian tersebut mendapati terdapat pegawai daripada gred KP19 atau KP22 mampu hidup mewah dan secara logiknya tidak mampu memiliki Honda Accord, bercuti ke negara Eropah atau ke Turkiye serta mampu memiliki basikal mahal bernilai lebih RM20,000.

Selain itu, sindiket turut menawarkan wang tunai sebanyak RM500 bagi melepaskan seorang migran, menaja majlis hari jadi mewah di hotel termasuk menawarkan sport rim baharu.

Dalam pada itu, Norman yang merupakan bekas Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bagi anggota imigresen yang mengambil rasuah mereka tidak wajar hanya dituduh di bawah kesalahan rasuah.

"Mereka ini sebenarnya patut dituduh bersama dengan pertuduhan lebih berat, termasuk penyitaan wang dan harta.

"Mereka ini, ibarat harapkan pegar, pegar makan padi dan daripada sebat, terus sita wang dan harta, sebaik sahaja mereka ditahan,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca