Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kenakan hukuman bawah SOSMA'

01 Januari 2023 08:45am | Masa membaca: 4 minit
Keratan akhbar Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Norman
Keratan akhbar Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Norman
A
A
A

SHAH ALAM - Anggota-anggota imigresen yang didakwa terlibat menerima rasuah dan berkomplot dengan sindiket penyeludupan migran perlu dikenakan hukuman berat.

Peguam Norman Fernandez berkata, segelintir mereka yang terlibat itu perlu dikenakan hukuman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menyifatkan mereka yang melakukan perbuatan itu sebagai pengkhianat negara, Norman menegaskan bahawa ‘kesalahan yang mereka lakukan itu tidak boleh dimaafkan’.

“Ini dikira telah menjadi pengkhianat dan wajar dituduh di bawah kesalahan berat iaitu perlu dikenakan hukuman di bawah SOSMA kerana apa yang mereka lakukan ini merupakan satu kesalahan yang akan memudaratkan keselamatan negara,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Norman berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berhubung sindiket penyeludupan migran yang dikesan berjaya menjerat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan pelbagai ganjaran.

Akhbar ini juga turut melaporkan bahawa perkara itu berjaya dibongkar oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, hasil siasatan bahagian tersebut mendapati terdapat pegawai daripada gred KP19 atau KP22 mampu hidup mewah dan secara logiknya tidak mampu memiliki Honda Accord, bercuti ke negara Eropah atau ke Turkiye serta mampu memiliki basikal mahal bernilai lebih RM20,000.

Selain itu, sindiket turut menawarkan wang tunai sebanyak RM500 bagi melepaskan seorang migran, menaja majlis hari jadi mewah di hotel termasuk menawarkan sport rim baharu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Dalam pada itu, Norman yang merupakan bekas Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bagi anggota imigresen yang mengambil rasuah mereka tidak wajar hanya dituduh di bawah kesalahan rasuah.

“Mereka ini sebenarnya patut dituduh bersama dengan pertuduhan lebih berat, termasuk penyitaan wang dan harta.

“Mereka ini, ibarat harapkan pegar, pegar makan padi dan daripada sebat, terus sita wang dan harta, sebaik sahaja mereka ditahan,” kata beliau.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen