SHAH ALAM - ALLAH SWT melaknat pemberi, penerima dan orang yang membantu aktiviti rasuah dengan dijauhkan daripada rahmat dan kasih sayang-Nya. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan tersebut turut... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - ALLAH SWT melaknat pemberi, penerima dan orang yang membantu aktiviti rasuah dengan dijauhkan daripada rahmat dan kasih sayang-Nya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan tersebut turut tergolong dalam amalan mengambil harta orang lain secara batil atau salah yang dilarang dalam al-Quran.

"Rasuah adalah pemberian oleh individu atau institusi dalam bentuk wang, harta, benda atau perkhidmatan dengan tujuan memperoleh pulangan faedah yang bukan haknya atau untuk dikecualikan daripada sesuatu kewajipan tertentu.

"Amalan memberi dan menerima rasuah amat dilarang di dalam hukum syarak termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Wan Salim menjelaskan, amalan berkenaan tidak boleh disamakan dengan sedekah kerana ia hanya diberikan kepada golongan dan pihak yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seperti fakir miskin, anak-anak yatim atau institusi sosial dan kebajikan.

Justeru katanya, terdapat dua jenis sedekah iaitu wajib dan sunat melibatkan penerima kategori lapan asnaf yang dinyatakan di dalam al-Quran serta golongan lain.

"Sedekah wajib adalah zakat yang terbahagi kepada harta dan fitrah yang diberi kepada lapan asnaf (dinyatakan dalam al-Quran) manakala (sedekah) sunat adalah pemberian sukarela kepada kaum keluarga yang susah, golongan fakir miskin serta merangkumi urusan dakwah dan jihad fi sabilillah.

"Sedekah merupakan pemberian secara sukarela dengan niat ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran daripada penerima selain mencari reda ALLAH SWT dan mengharapkan balasan syurga di akhirat.

"Amalan bersedekah amat digalakkan dalam agama Islam dan pelakunya dijanjikan dengan ganjaran pahala yang besar di sisi ALLAH SWT,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca