SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pihak bank supaya segera membayar ganti rugi kepada mangsa kes penipuan dalam talian melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH). Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pihak bank supaya segera membayar ganti rugi kepada mangsa kes penipuan dalam talian melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin berkata, bank terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya kes penipuan itu berpunca daripada sistem perbankan yang lemah.

"Pihak bank sepatutnya bekerjasama dengan polis dan Lembaga TH untuk membuka kertas siasatan supaya kes penipuan ini dapat disiasat dengan lebih mendalam, bukannya berterusan menghukum pengguna yang telah ditipu.

Pada Rabu, Lembaga TH dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM1.961 juta akibat aktiviti penipuan dalam talian.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, mesyuarat bersama antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH memutuskan, pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi bagi kes penipuan dalam talian melibatkan TH.

Mengulas lanjut, Nur Asyikin berpandangan, dalam kes ini, Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan untuk memantau bank yang terlibat supaya lebih bertanggungjawab dalam kes kehilangan duit.

"Sekiranya terbukti ia berpunca daripada kelemahan sistem perbankan itu sendiri, maka BNM perlu menggesa pihak bank yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya di atas kecuaian tersebut.

"Ia sekali gus akan memberi tekanan kepada bank yang lain untuk sentiasa mengukuhkan tahap keselamatan perbankan masing-masing,” jelasnya.

Beliau pada masa sama, turut menasihatkan pendeposit supaya tidak mengklik sebarang pautan yang dilihat mencurigakan bagi mengelakkan jadi mangsa.

Klik di sini untuk terus membaca