Sila log masuk terlebih dahulu.

Bank digesa bayar ganti rugi mangsa tipu TH

27 Januari 2023 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Nur Asyikin (Laporan Sinar Harian pada Khamis.)
Nur Asyikin (Laporan Sinar Harian pada Khamis.)
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pihak bank supaya segera membayar ganti rugi kepada mangsa kes penipuan dalam talian melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin berkata, bank terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya kes penipuan itu berpunca daripada sistem perbankan yang lemah.

“Pihak bank sepatutnya bekerjasama dengan polis dan Lembaga TH untuk membuka kertas siasatan supaya kes penipuan ini dapat disiasat dengan lebih mendalam, bukannya berterusan menghukum pengguna yang telah ditipu.

“Selagi kes penipuan ini tidak disiasat dengan betul, macam mana kita nak tahu jika ia berpunca daripada kelemahan atau kecuaian pihak bank itu sendiri?” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Lembaga TH dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM1.961 juta akibat aktiviti penipuan dalam talian.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, mesyuarat bersama antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH memutuskan, pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi bagi kes penipuan dalam talian melibatkan TH.

Mengulas lanjut, Nur Asyikin berpandangan, dalam kes ini, Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan untuk memantau bank yang terlibat supaya lebih bertanggungjawab dalam kes kehilangan duit.

“Sekiranya terbukti ia berpunca daripada kelemahan sistem perbankan itu sendiri, maka BNM perlu menggesa pihak bank yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya di atas kecuaian tersebut.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Ia sekali gus akan memberi tekanan kepada bank yang lain untuk sentiasa mengukuhkan tahap keselamatan perbankan masing-masing,” jelasnya.

Beliau pada masa sama, turut menasihatkan pendeposit supaya tidak mengklik sebarang pautan yang dilihat mencurigakan bagi mengelakkan jadi mangsa.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu