SHAH ALAM - Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan bakal memberi persepsi negatif terhadap kerajaan susulan dianggap berlaku budaya nepotisme.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, tindakan itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia hanya menjerumuskan kerajaan ke kancah kritikan.
Menurutnya, selaku pemimpin yang telah lama berada dalam politik, Anwar seharusnya sedar kesan daripada keputusan yang diambil itu.
"Sekali pun seseorang itu layak (dari segi kelulusan dan sebagainya) tetapi kerana ada isu (yang dilantik ada pertalian kekeluargaan) yang boleh menyebabkan fitnah dalam sesebuah kerajaan kerana isu politik ia sensitif sebenarnya.
"Jadi, untuk mengelak kerajaan daripada terjerumus daripada dikritik luar dan dalam, maka seeloknya tidaklah (melantik ahli keluarga). Itu pandangan saya.
"Walau pun seseorang itu layak tetapi apabila ada pertalian keluarga, maka isu yang dibangkit adakah ia berkaitan dengan nepotisme dan saya rasa ia menjadi lebih sukar (kepada Perdana Menteri)," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Nik Ahmad Kamal berkata, Anwar bagaimanapun masih mempunyai pilihan untuk mengelak persepsi daripada terus menjadi negatif adalah dengan memastikan setiap polisi yang bakal ditetapkan nanti dibuat secara telus.
"Perdana Menteri perlu memastikan setiap keputusan berkaitan polisi ekonomi yang melibatkan peranan Nurul Izzah perlu ada ketelusan, maksudnya setiap keputusan itu dibuat oleh kabinet.
"Nurul Izzah hanya terlibat memberi pandangan dan tidak semestinya setiap pandangan daripada penasihat itu diterima," jelasnya.
Sementara itu, ditanya sama ada Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu layak mengisi tempat tersebut, Nik Ahmad Kamal berkata, layak atau sebaliknya merupakan sesuatu yang subjektif.
Ini kerana katanya, sekali pun anak sulung kepada Perdana Menteri itu mempunyai kelayakan, ia tetap nampak 'tidak kena' untuk diberikan peranan tersebut.
Pada Ahad, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilaporkan berkata pelantikan Nurul Izzah dibuat berdasarkan kelayakannya.
Anwar berkata, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Sebelum itu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'
ARTIKEL BERKAITAN: Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu - Mohd Radzi
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah perlu ada latar belakang khusus sebagai penasihat
ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah tak wajar, bawa konflik kepentingan
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah layak dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nurul Izzah tidak dibayar elaun - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Klik di sini untuk terus membaca