[INFOGRAFIK] Baru-baru ini, Transparency International (TI) telah mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2022 terhadap tahap rasuah di peringkat sektor awam melibatkan 180 negara dan wilayah di seluruh dunia. Berdasarkan tinjauan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Baru-baru ini, Transparency International (TI) telah mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2022 terhadap tahap rasuah di peringkat sektor awam melibatkan 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Berdasarkan tinjauan dan penilaian pakar, skor CPI Malaysia 2022 terhadap rasuah merosot kepada satu mata berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjejaskan kedudukannya di persada antarabangsa.

Skor diperoleh Malaysia pada 2022 ialah 47 manakala kedudukannya dalam kalangan negara dunia pula berada di tangga 61.

Ia menunjukkan penurunan enam mata dalam tempoh tiga tahun selepas memproleh skor sebanyak 53 mata pada 2019.

Menurut TI - Malaysia (TI-M), penurunan signifikan secara statistik itu menunjukkan bahawa kita menuju ke ‘arah yang salah’ dalam memerangi rasuah, mendukung hak asasi manusia dan demokrasi di sektor awam.

Untuk rekod, skor CPI meletakkan indikator seperti berikut yang mana 0 dianggap sangat korup manakala 100 dianggap sangat bersih.

TI-Malaysia menjelaskan, pihaknya percaya terdapat beberapa beberapa faktor dipercayai menjadi penyebab kepada skor dan kedudukan CPI Malaysia merosot.

Justeru, TI-M mencadangkan beberapa solusi bagi menangani masalah kemerosotan CPI Malaysia pada masa akan datang.

Sementara itu, negara-negara Skandinavia terus mendominasi kedudukan CPI antarabangsa yang mana Denmark, Finland, Norway dan Sweden berada dalam senarai 10 negara teratas.

Turut berada di dalam senarai tersebut ialah New Zealand dan Singapura dari rantau Asia Pasifik.

Negara lain yang turut berada dalam senarai ‘terbersih’ itu ialah Jerman, Belanda dan Luxembourgh dari bahagian Eropah.

Berdasarkan laporan CPI 2022 yang diterbitkan pada Januari 2023, kesemua negara-negara tersebut berada di dalam senarai 10 negara teratas kerana dianggap kurang korup.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah negara telah disenaraikan dalam kategori prestasi terburuk.

Negara-negara tersebut terdiri daripada Venezuela, Syria, Sudan Selatan dan Somalia yang mana masing-masing mencatatkan skor kurang daripada 15.

Turut tersenarai dalam kategori tersebut ialah Burundi, Equatorial Guinea, Korea Utara, Libya dan Yemen.

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ketiga skor CPI bagi negara Asia Tenggara.

Singapura berada di tangga pertama dengan prestasi terbersih manakala Myanmar berada di kedudukan terakhir dengan prestasi buruk.

Bagaimanapun, beza skor diperoleh Malaysia amat ketara bezanya dengan skor diperoleh Singapura.

Keseluruhannya, laporan CPI 2022 menjelaskan bahawa kebanyakan negara masih gagal menangani masalah rasuah.

Kadar skor secara purata masih tidak berubah dalam tempoh sedekad yang lalu dengan prestasi 43 mata daripada 100 mata.

Malah, sebanyak dua pertiga negara masih mendapat skor di bawah 50 manakala 26 negara masih berada di bawah skor paling rendah.

Sungguhpun pelbagai inisiatif telah dilakukan namun sekitar 155 negara masih tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam usaha menentang rasuah.

Klik di sini untuk terus membaca