SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan individu yang lebih layak untuk mengetuai sayap tersebut berbanding Datuk Seri Noraini Ahmad pada pemilihan parti Mac depan. Penganalisis Politik dan Hubungan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan individu yang lebih layak untuk mengetuai sayap tersebut berbanding Datuk Seri Noraini Ahmad pada pemilihan parti Mac depan.

Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ini kerana Ketua Wanita UMNO ketika ini dilihat tidak berjaya menggalas tugas itu dengan sebaiknya.

Menurutnya, berdasarkan rekod lepas, Shahrizat merupakan pemimpin wanita yang telah banyak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap tugasannya.

"Kalau Shahrizat ada sokongan daripada wakil Wanita cawangan dan bahagian, terpulang kepada beliau untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sebab ada pengaruh agak besar. Kemungkinan beliau akan dapat jawatan itu. Pada saya, Noraini tidak mempunyai pengaruh yang besar.

"Sementara Datuk Seri Azalina Othman Said pula mungkin akan bertanding jawatan naib presiden. Jadi, peluang Shahrizat tinggi,” katanya kepada Sinar Ahad. Pada Khamis, media melaporkan Shahrizat bakal kembali merebut jawatan Ketua Wanita UMNO sekali gus menjadi pesaing kepada Noraini yang dikatakan akan mempertahankan jawatan itu.

Sebelum ini, Shahrizat pernah menyatakan hasrat untuk kembali menerajui Wanita UMNO kepada salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Hasrat kembali memimpin Wanita UMNO itu bukan disuarakan Shahrizat, tetapi permintaan akar umbi yang mahukan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kembali menerajui kerana Wanita UMNO ketika ini sudah lemah dan lesu.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin bagaimanapun berkata, pengaruh Shahrizat tidak sehebat dahulu memandangkan terpalit dengan kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.

"Isu lembu (NFC) ini menyebabkan kredibiliti beliau menurun ketika itu. Sekarang sudah agak reda, jadi beliau layak untuk buat kemunculan semula,” jelas Mohd Azizuddin.

Klik di sini untuk terus membaca