Sila log masuk terlebih dahulu.

'Shahrizat lebih layak berbanding Noraini'

05 Februari 2023 07:40am | Masa membaca: 4 minit
Shahrizat dan Noraini
Shahrizat dan Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan individu yang lebih layak untuk mengetuai sayap tersebut berbanding Datuk Seri Noraini Ahmad pada pemilihan parti Mac depan.

Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ini kerana Ketua Wanita UMNO ketika ini dilihat tidak berjaya menggalas tugas itu dengan sebaiknya.

Menurutnya, berdasarkan rekod lepas, Shahrizat merupakan pemimpin wanita yang telah banyak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap tugasannya.

“Noraini pula dilihat tidak mempunyai prestasi yang cemerlang. Tidak nampak apa pencapaian yang dilakukan beliau untuk parti.

“Kalau Shahrizat ada sokongan daripada wakil Wanita cawangan dan bahagian, terpulang kepada beliau untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sebab ada pengaruh agak besar. Kemungkinan beliau akan dapat jawatan itu. Pada saya, Noraini tidak mempunyai pengaruh yang besar.

“Sementara Datuk Seri Azalina Othman Said pula mungkin akan bertanding jawatan naib presiden. Jadi, peluang Shahrizat tinggi,” katanya kepada Sinar Ahad. Pada Khamis, media melaporkan Shahrizat bakal kembali merebut jawatan Ketua Wanita UMNO sekali gus menjadi pesaing kepada Noraini yang dikatakan akan mempertahankan jawatan itu.

Sebelum ini, Shahrizat pernah menyatakan hasrat untuk kembali menerajui Wanita UMNO kepada salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Hasrat kembali memimpin Wanita UMNO itu bukan disuarakan Shahrizat, tetapi permintaan akar umbi yang mahukan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kembali menerajui kerana Wanita UMNO ketika ini sudah lemah dan lesu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin bagaimanapun berkata, pengaruh Shahrizat tidak sehebat dahulu memandangkan terpalit dengan kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.

“Isu lembu (NFC) ini menyebabkan kredibiliti beliau menurun ketika itu. Sekarang sudah agak reda, jadi beliau layak untuk buat kemunculan semula,” jelas Mohd Azizuddin.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu