SHAH ALAM - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat sehingga enam peratus pada tahun ini, sekiranya inflasi di negara Eropah dan Amerika Syarikat mulai menurun. Penganalisis ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, ia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat sehingga enam peratus pada tahun ini, sekiranya inflasi di negara Eropah dan Amerika Syarikat mulai menurun.

Penganalisis ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, ia memandangkan Malaysia bergantung kepada eksport barangan ke negara berkenaan.

Jelasnya, inflasi yang berlaku di negara maju tersebut baru-baru ini, menyebabkan tahap keyakinan pengguna untuk membeli berkurangan kerana kekangan kewangan.

"Ketika berlaku kenaikan inflasi di sana, negara kita mengalami kerugian sekitar 20 ke 30 peratus daripada keseluruhan eksport tersebut,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jangkaan unjuran ekonomi negara, susulan pertumbuhan ekonomi global tahun 2023 dijangka pada kadar 2.9 peratus, iaitu meningkat daripada unjuran sebelumnya, 2.7 peratus.

Dalam pada itu, Barjoyai menambah, Malaysia kini telah berjaya menarik pelabur luar dari Thailand bagi industri pembuatan kenderaan elektrik.

"Jika industri ini berjaya dilaksanakan, maka kita bakal melihat berlakunya kesan besar terhadap ekonomi negara.

"Apa yang penting, selain daripada eksport barangan ke luar negara, keyakinan pengguna dalam kalangan warga tempatan amat diperlukan.

"Ia memandangkan Malaysia mengalami penurunan sehingga 90 peratus dalam indeks keyakinan semasa kegawatan ekonomi lepas, namun meningkat kembali sehingga 100 peratus baru-baru ini,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca