Sila log masuk terlebih dahulu.

Ekonomi Malaysia diunjur enam peratus

05 Februari 2023 07:20am | Masa membaca: 4 minit
Malaysia kini telah berjaya menarik pelabur luar dari Thailand bagi industri pembuatan kenderaan elektrik - Gambar hiasan (Gambar dalam : Barjoyai)
Malaysia kini telah berjaya menarik pelabur luar dari Thailand bagi industri pembuatan kenderaan elektrik - Gambar hiasan (Gambar dalam : Barjoyai)
A
A
A

SHAH ALAM - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat sehingga enam peratus pada tahun ini, sekiranya inflasi di negara Eropah dan Amerika Syarikat mulai menurun.

Penganalisis ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, ia memandangkan Malaysia bergantung kepada eksport barangan ke negara berkenaan.

Jelasnya, inflasi yang berlaku di negara maju tersebut baru-baru ini, menyebabkan tahap keyakinan pengguna untuk membeli berkurangan kerana kekangan kewangan.

“Kita mengeksport sebanyak 80 peratus daripada barangan elektronik yang terdiri daripada mikrocip dan alatan berkuasa solar yang berfungsi sebagai bahan mentah bagi penghasilan teknologi baharu seperti komputer dan tablet.

“Ketika berlaku kenaikan inflasi di sana, negara kita mengalami kerugian sekitar 20 ke 30 peratus daripada keseluruhan eksport tersebut,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jangkaan unjuran ekonomi negara, susulan pertumbuhan ekonomi global tahun 2023 dijangka pada kadar 2.9 peratus, iaitu meningkat daripada unjuran sebelumnya, 2.7 peratus.

Dalam pada itu, Barjoyai menambah, Malaysia kini telah berjaya menarik pelabur luar dari Thailand bagi industri pembuatan kenderaan elektrik.

“Jika industri ini berjaya dilaksanakan, maka kita bakal melihat berlakunya kesan besar terhadap ekonomi negara.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Apa yang penting, selain daripada eksport barangan ke luar negara, keyakinan pengguna dalam kalangan warga tempatan amat diperlukan.

“Ia memandangkan Malaysia mengalami penurunan sehingga 90 peratus dalam indeks keyakinan semasa kegawatan ekonomi lepas, namun meningkat kembali sehingga 100 peratus baru-baru ini,” ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu