[INFOGRAFIK] Gempa bumi bukan tragedi baharu yang dialami oleh rakyat Turkiye kerana bencana alam tersebut telah menggegar negara itu sejak beribu tahun lamanya. Kejadian pertama dicatatkan berlaku pada tahun 17 di Philadhelpia, (kini... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Gempa bumi bukan tragedi baharu yang dialami oleh rakyat Turkiye kerana bencana alam tersebut telah menggegar negara itu sejak beribu tahun lamanya.

Kejadian pertama dicatatkan berlaku pada tahun 17 di Philadhelpia, (kini Alesehir) yang berada di dalam wilayah Manisa.

Bagaimanapun, tiada ukuran kekuatan direkodkan berhubung kejadian gempa bumi berkenaan.

Kekuatan gegaran gempa bumi yang melanda negara itu hanya diukur pada tahun 115 ketika gempa bumi kedua berlaku.

Gempa bumi yang menggegarkan wilayah Antioch (Hatay) itu direkodkan berukuran 7.5 magnitud.

Sejarah gempa bumi di Turkiye dibahagikan kepada tiga garis masa berbeza iaitu era sebelum 1900, era 1900 hingga 1999 dan era 2000 hingga kini.

Era sebelum 1900 menyaksikan sebanyak 23 gempa bumi pernah menggegarkan negara Eurasia itu yang mana gegeran terkuat berlaku pada 1784.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud itu direkodkan melanda bahagian timur Turkiye di wilayah Erzincan.

Bagi era 1900 -1999 pula sebanyak 41 gempa bumi telah direkodkan berlaku yang mana gempa bumi terkuat dicatatkan berukuran 7.8 magnitud.

Gempa bumi tersebut berlaku pada 26 Disember 1939 di wilayah yang sama dengan gempa bumi terkuat di era sebelumnya.

Sementara bagi era 2000 hingga kini pula sebanyak 17 gempa bumi telah direkodkan pernah menggegarkan negara itu.

Setakat ini, gempa bumi yang menggegar wilayah Kahramanmaras pada 6 Fabruari lalu adalah yang terkuat dalam tempoh 23 tahun.



Sementara itu, sebanyak lapan tragedi gempa bumi terkuat direkodkan pernah berlaku dalam tempoh 24 tahun sejak 1999.

Lima daripadanya berukuran lebih 7 magnitud manakala tiga daripadanya melebihi 6 magnitud.

Berdasarkan ukuran gempa bumi, 6.1 hingga 6.9 magnitud boleh menyebabkan kerosakan besar manakala 7.1 hingga 7.9 magnitud dikategorikan sebagai gempa bumi besar.

Sebagaimana sedia maklum, gempa bumi yang berlaku di Turkiye baru-baru merupakan malapetaka besar.

Sebanyak lebih kurang 10 buah wilayah yang berada di negara itu telah terjejas teruk akibat impak bencana alam yang tidak terduga itu.

Wilayah tersebut ialah Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Sehubungan itu, Kerajaan Turkiye yang dipimpin oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengsytiharkan darurat selama tiga bulan di semua wilayah berkenaan.

Malah, negara tersebut turut bergabung selama tujuh hari bagi memperingati peristiwa hitam yang meragut belasan ribu nyawa rakyat di negara itu.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang menggegar Turkiye itu disifatkan sebagai gempa bumi besar yang mengerikan.

Ia setara dengan gempa bumi yang melanda Pakistan pada 2013 yang meragut 825 nyawa dan Nepal (2015) sehingga mengakibatkan kematian hampir 9,000 penduduk.

Klik di sini untuk terus membaca