[Infografik] Sidang Dewan Rakyat bagi penggal kedua Parlimen ke-15 telah bermula pada Isnin, dari jam 10 hingga 5.30 petang. Sesi berkenaan didahului dengan istiadat pembukaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan... Klik di sini untuk terus membaca

[Infografik] Sidang Dewan Rakyat bagi penggal kedua Parlimen ke-15 telah bermula pada Isnin, dari jam 10 hingga 5.30 petang.

Sesi berkenaan didahului dengan istiadat pembukaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaf Billah.

Berdasarkan takwim di laman web Parlimen, sidang tersebut dijangka berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

Sidang Dewan Rakyat itu merupakan sesi kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi pertamanya dimulakan pada 19 DIsember tahun lalu selama dua hari melibatkan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Selain itu persidangan tersebut turut menyaksikan pembentangan bajet mini bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang berjumlah RM107.7 bilion.

Pada Sidang Dewan Rakyat Parlimen ke-15 ini, Anwar memimpin blok kerajaan yang dibentuk hasil gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut bersama dalam gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan itu ialah Parti Warisan (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

Sementara Perikatan Nasional yang berada di blok pembangkang pula dipimpin oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Klik di sini untuk terus membaca