[INFOGRAFIK] Sabtu lalu, genap 100 hari Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dalam tempoh berkenaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau untuk memajukan negara, sekali gus... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Sabtu lalu, genap 100 hari Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam tempoh berkenaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau untuk memajukan negara, sekali gus meletakkannya kembali di landasan yang betul.

Bagi tujuan tersebut, Anwar cenderung memberi fokus terhadap isu ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat yang dilihat begitu menekan dewasa ini.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) memulakan langkah tersebut dengan menolak gaji Perdana Menteri dan memotong gaji barisan menteri yang dipilih.

Malah, di bawah pentadbirannya itu juga, tiada pembelian aset baharu di kementerian termasuk ubah suai pejabat menteri.

Di samping itu, beliau turut menyemak kembali dan membuat rundingan semula tender projek-projek tertentu yang dibuat sebelum ini.

Usaha beliau itu sejajar dengan konsep Malaysia Madani diperkenalkanya yang mana salah satu objektifnya adalah untuk menggalakkan tadbir urus baik.

Klik di sini untuk terus membaca