[INFOGRAFIK] Pada Khamis, Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan buat pertama kali oleh Kerajaan Perpaduan diluluskan di Parlimen. Belanjawan itu diluluskan di peringkat dasar selepas undian suara dilakukan oleh Speaker Dewan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada Khamis, Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan buat pertama kali oleh Kerajaan Perpaduan diluluskan di Parlimen.

Belanjawan itu diluluskan di peringkat dasar selepas undian suara dilakukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Majoriti ahli Parlimen menyatakan sokongan pada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 itu.

Lebih suara Ahli Parlimen telah menyokong Belanjawan 2023 itu berbanding tidak menyokong.

Untuk rekod, Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, sekali gus menjadikannya sebagai bajet terbesar dalam sejarah.

Daripada jumlah tersebut, RM289.1 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Klik di sini untuk terus membaca