[INFOGRAFIK] Pada Ahad lepas, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) telah mengesahkan keputusan penuh pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026. Ia telah diumumkan oleh Pengerusi JPU, Tan Sri Shahrir Samad selepas selesai proses perkiraan undi... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada Ahad lepas, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) telah mengesahkan keputusan penuh pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Ia telah diumumkan oleh Pengerusi JPU, Tan Sri Shahrir Samad selepas selesai proses perkiraan undi dan penelitian yang dilakukan.

Berikut adalah muka-muka pimpinan UMNO bagi 2023-2026 yang akan memainkan peranan dalam memperkasa dan menentukan hala tuju parti berkenaan.

Untuk rekod, bermula dari 1 Februari hingga 26 Februari 2023 lepas telah berlangsung Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan melibatkan sayap UMNO.

Pada 11 Mac pula telah diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian. Turut diadakan Pemilihan Exco ketiga-tiga sayap parti berkenaan pada hari yang sama.

Pada 18 Mac 2023, Pemilihan UMNO berakhir dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Klik di sini untuk terus membaca