AWANG setuju sangat dikaji semula kelayakan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pihak berwajib kenalah tengok balik mengapa MRSM diwujudkan dulu. Satu ketika dulu ramai pelajar Melayu yang baik tapi tak ada kesempatan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju sangat dikaji semula kelayakan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pihak berwajib kenalah tengok balik mengapa MRSM diwujudkan dulu.

Satu ketika dulu ramai pelajar Melayu yang baik tapi tak ada kesempatan untuk nikmati pelajaran di sekolah yang berkualiti.

Maka MRSM diwujudkan untuk tampung keperluan ini.

MRSM telah lahirkan banyak lepasannya yang kini kuasai semua lapangan.

Mereka kini menjadi sebahagian daripada kelas menengah di negara.

Banyak juga yang duduk dalam kasta kayangan T20.

Sepatutnya tumpuan diberikan pada pelajar yang kurang mampu yang masih banyak di luar bandar.

Kemasukan ke MRSM mesti dihadkan pada mereka yang betul-betul memerlukan.

Walaupun ada syarat kemasukan tapi nampaknya yang masuk anak-anak orang berjaya dan elit.

Awang sokong penuh diwujudkan MRSM berbayar.

Ini bagi menampung keperluan kasta kelas menengah, elit dan kayangan yang masih percaya pada MRSM.

Jikalau nak buat MRSM Elit pun buatlah, asalkan tak kacau sistem yang ada.

Mungkin ada elit Melayu yang percaya bahawa MRSM lebih baik daripada sekolah persendirian, sekolah antarabangsa atau sekolah kebangsaan.

Klik di sini untuk terus membaca