[INFOGRAFIK] Keganasan di Sudan dilaporkan semakin memburuk kesan daripada pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dengan Rapid Support Forces (RSF). Pertempuran yang berlaku di ibu negara Sudan, Khartoum dan wilayah Darfur itu... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Keganasan di Sudan dilaporkan semakin memburuk kesan daripada pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dengan Rapid Support Forces (RSF).

Pertempuran yang berlaku di ibu negara Sudan, Khartoum dan wilayah Darfur itu meletus pada 15 April lepas.

Akibat daripada pertempuran tersebut, orang awam yang tidak berdosa telah menjadi korban kerana ia berlaku di tengah-tengah bandar yang padat dengan penduduk.

Sehingga ke hari ini, 512 orang awam dilaporkan terbunuh manakala 4,200 pula cedera dalam pertempuran yang berlanjutan selama dua minggu itu.

Menurut lapran BBC, pertempuran juga telah menyebabkan penduduk di kawasan bergolak hidup dalam ketakutan.

Malah, terdapat juga kalangan penduduk yang cuba meninggalkan Sudan apabila pergolakan dilihat semakin memuncak.

Sementara itu, laporan media barat pula mendakwa, pertempuran antara kedua-dua pasukan dikatakan berpunca daripada tindakan tuduh-menuduh.

RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum manakala SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan tersebut sebagai pemberontak, menurut laporan media.

DUA JENERAL

Secara amnya, pertempuran yang berlaku di Sudan itu melibatkan dua jeneral iaitu Abdel Fattah al-Burhan dan Mohamed Hamdan Dagalo.

Abdel Fattah memimpin SAF manakala Mohamed Hamdan pula mengetuai RSF.

Kedua-duanya adalah watak penting yang bertanggungjawab menyusun rampasan kuasa di negara itu bagi mengakhiri peralihan kuasa yang rapuh sejak 2019 selepas Omar Al-Bashir digulingkan.

Sudan kemudiannya telah diletakkan di bawah pemerintahan peralihan dikenali sebagai Majlis Kedaulatan (Sovereign Council) yang diketuai oleh Abdel Fattah dan Mohamed Hamdan sebagai timbalannya.

Mereka berdua boleh disifatkan sebagai kawan kerana kedua-duanya mengawal Sudan yang tidak mempunyai kerajaan berfungsi selepas merampas kuasa pada 2021, sekali gus mengisytiharkan darurat.

Namun, persengketaan akhirnya berlaku apabila kedua-duanya berusaha mahu mendapatkan kuasa untuk mentadbir Sudan.

Mereka dikatakan sering bertelagah kerana tidak bersetuju dengan hala tuju negara dan cadangan menyerahkan pentadbiran Sudan kepada awam.

Bagaimanapun, punca utama yang menjadi fokus pertelagahan mereka adalah usaha menyerap lebih kurang 100,000 anggota RSF ke dalam SAF seperti ditetapkan dalam perjanjian antara pemimpin tentera dan awam pada 2022.

Namun, usaha tersebut telah menimbulkan persoalan siapa yang akan berkuasa dan siapa pula yang akan menjadi komander SAF kelak.

Ini kerana kedudukan Mohamed Hamdan dilihat setara dengan Abdel Fattah berbanding menjadi timbalannya, kata penganalisis politik negara itu.

SEPARA TENTERA

Untuk rekod, RSF merupakan pasukan separa tentera yang kuat ditubuhkan sekitar tahun 2013.

Pasukan tersebut kebanyakannya dianggotai oleh tentera Janjaweed yang pernah berperang bagi pihak kerajaan Sudan ketika berlakunya konflik di Darfur.

Pasukan tersebut juga pernah digunakan untuk mengekang pemberontak pada tahun 2000 di wilayah Darfur.

Atas sebab itu, satu undang-undang telah digubal bagi meluluskan penubuhan RSF sebagai pasukan keselamatan bebas di negara itu.

Sejak itu, Mohamed Hamdan Dagolo meningkatkan kekuatan pasukan tersebut sehingga mampu masuk campur dalam konflik yang pernah berlaku di Yaman dan Libya.

Malah, Jeneral RSF itu turut menunjukkan minat ke atas aktiviti ekonomi dengan mengawal beberapa lombong emas di Sudan antaranya.

Klik di sini untuk terus membaca