[INFOGRAFIK] Sebanyak 43 kerusi marginal dikenal pasti berada di enam buah negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Sebanyak 43 kerusi marginal dikenal pasti berada di enam buah negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kesemua kerusi tersebut mempunyai majoriti tipis bawah 1,000 undi hasil keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 8 Mei 2018.

Kerusi-kerusi tersebut akan menjadi fokus kepada parti bertanding untuk mencipta kemenangan.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Negeri Sembilan merekodkan kerusi marginal paling banyak iaitu 10 manakala Selangor pula paling sedikit iaitu tiga.

Bagi kategori parti pula, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mencatatkan kerusi marginal paling banyak iaitu 17, diikuti oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebanyak 16 kerusi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berada di dalam blok Perikatan Nasional (PN) bersama Pas pula mencatatkan empat kerusi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing memiliki empat dan dua kerusi.

Daripada 43 kerusi marginal itu, PN mencatatkan sebanyak 20 kerusi manakala PH pula enam kerusi.

UMNO yang berada di bawah naungan Barisan Nasional pula memiliki sebanyak 17 kerusi marginal.

Di Kedah, sebanyak lapan kerusi marginal dikenal pasti berada di negeri itu yang mana majoritinya dimiliki oleh Pas.

Selebihnya pula dimiliki oleh UMNO yang mana ia terdiri daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Guar Chempedak dan Bandar Baharu.

Bagaimanapun, kerusi marginal dimiliki Pas itu mempunyai undi yang lebih tinggi berbanding UMNO.

Sama macam Kedah, PAS di Kelantan turut merekodkan jumlah kerusi marginal tertinggi iaitu enam dengan empat daripadanya melebihi 500 undi.

Bersatu yang memiliki satu kerusi marginal pula mencatatkan jumlah undi yang rendah iaitu 359.

UMNO yang memenangi lapan kerusi pada PRU14 lalu memiliki dua kerusi marginal di dua DUN iaitu Kuala Balah dan Nenggiri.

Senario sama turut berlaku di Terengganu yang mana Pas turut merekodkan kerusi marginal tertinggi iaitu lima.

Daripada jumlah tersebut, dua daripadanya mencatatkan majoriti undi yang sangat rendah iaitu bawah 100.

UMNO yang menjadi saingan kuat Pas di Terengganu pula memiliki tiga kerusi marginal di DUN Batu Rakit, Pengkalan Berangan dan Bukit Besi.

Di Pulau Pinang, sebanyak lima kerusi marginal di kenal pasti yang mana jumlahnya dimonopoli oleh Bersatu.

Bagaimanapun, kerusi-kerusi milik bersatu itu telah dikosongkan sebelum ini di bawah Fasal 14A(1) Perlembagaan negeri Pulau Pinang pada Mac lalu.

Selebihnya kerusi marginal di Pulau Pinang dimiliki oleh PKR dan UMNO yang disandang oleh Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Nor Hafizah Othman.

Sementara itu, Selangor hanya merekodkan tiga kerusi marginal hasil keputusan PRU14 lalu.

Dua daripada kerusi tersebut dimiliki oleh PKR manakala satu lagi disandang oleh UMNO.

Majoriti undi tertinggi dicatatkan ialah 500 dan majoriti undi paling rendah pula sebanyak 20.

Di Negeri Sembilan, UMNO dikenal pasti sebagai parti yang paling banyak mempunyai kerusi marginal.

Data PRU14 jelas menunjukkan parti itu memiliki tujuh kerusi marginal yang mana majoriti undi tertinggi ialah 982 manakala paling rendah ialah 351.

Selebihnya, kerusi marginal di negeri yang ditadbir oleh PH itu dimiliki oleh Amanah (dua) dan PKR (satu).

Secara amnya, kerusi marginal sangat penting kepada parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Ini kerana kerusi-kerusi tersebut boleh dijadikan sebagai sasaran untuk mencipta kemenangan.

Biasanya parti yang menyandang akan cuba mempertahankan kerusi tersebut manakala parti lawan pula akan cuba merampasnya.

Untuk rekod, kerusi marginal ialah kerusi yang dimenangi oleh seseuabuh parti dalam palihan raya dengan majoriti kecil.

Klik di sini untuk terus membaca