LANSING - Sejak kebelakangan ini ramai Muslim menduduki beberapa jawatan penting di Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada dasar kepelbagaian yang ingin dipatuhi oleh pentadbiran di negara Uncle Sam itu.
Antaranya pelantikan Abdullah Hammoud, pegawai Arab dan orang Islam pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar Dearborn di negeri Michigan.
Abdullah, 33, dilantik ke jawatan itu sejak 2 November 2021. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk Daerah Perwakilan ke-15 Michigan dari tahun 2017.
Abdullah (tiga, kanan) bersama anggota penguat kuasa berdiri di atas bonggol jalan yang baharu bagi tujuan keselamatan dan meredakan trafik di Hemlock Street.

Pelantikannya juga menyaksikan Abdullah muncul sebagai Datuk Bandar kedua termuda dalam sejarah Dearborn selepas Michael A Guido iaitu anak imigran dari Itali melakukannya pada usia 32 tahun pada 1986.
Pemilihan Abdullah juga dianggap bersejarah kerana Dearborn adalah salah satu bandar yang memiliki populasi Muslim dan penduduk berasal dari Timur Tengah terbesar di AS.
ANAK PENDATANG
Abdullah merupakan anak kepada pasangan pendatang dari Lubnan yang berhijrah ke AS sekitar tahun 70 dan 80-an. Bapanya bekerja sebagai pemandu lori, manakala ibunya pula membuka perniagaan secara kecil-kecilan.
Ibu bapa Abdullah amat mementingkan aspek pendidikan kerana ia adalah tiket yang mampu mengubah kehidupan Abdullah dan empat beradik lain, lebih-lebih lagi di AS yang sememangnya penuh mencabar bagi golongan pendatang.
Abdullah (tengah) bersama kedua ibu bapanya yang juga pendatang dari Lubnan.

Berkat usaha dan doa kedua ibu bapanya, Abdullah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dari Universiti Michigan.
Di universiti sama, Abdullah turut memperolehi Ijazah Sarjana Kesihatan Awam dalam epidemiologi dan genetik serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
LAYANAN SAMA RATA
Suami kepada Dr Fatima Beydon ini menegaskan bahawa kunci kejayaan kepada mana-mana pemimpin adalah memastikan semua orang tanpa mengira latar belakang dilayan secara adil.
Untuk itu, beliau telah bekerjasama dengan kesatuan sekerja di Michigan untuk membenarkan pekerja Muslim menikmati cuti umum bergaji sempena Aidilfitri dan Aidiladha.
Langkah itu adalah yang pertama di Dearborn selaras dengan cuti bergaji sempena perayaan keagamaan yang sebelum ini diberikan kepada penganut Kristian dan Yahudi.
Dengan cara ini, Abdullah telah membuktikan komitmennya untuk melayan semua orang secara adil dan sama rata sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan penjawat awam di Dearborn.
Abdullah (depan) ketika meraikan sambutan Hari Ibu bersama ibu serta adik-beradiknya.

IMPAK KEPIMPINAN
Sebagai Datuk Bandar beragama Islam pertama di Dearborn, Abdullah cuba menonjolkan kepimpinan melalui teladan.
Buktinya, Abdullah menjadi inspirasi kepada ramai anak muda terutamanya mereka yang berasal dari komuniti terpinggir.
Beliau sering menyampaikan mesej bahawa dengan kerja keras, keazaman dan pemikiran yang betul seseorang itu boleh mencapai apa sahaja yang mereka fikirkan.
Abdullah (tiga dari kanan) telah memastikan Dearborn menjadi bandar pertama di AS memberikan cuti bergaji kepada penjawat awam beragama Islam untuk meraikan Aidilfitri dan Aidiladha.

Sejak dilantik Datuk Bandar, Abdullah juga telah meninggalkan impak yang ketara di Dearborn dengan membina komuniti majmuk dan inklusif.
Usahanya dalam menangani keperluan tenaga kerja yang pelbagai serta mengalu-alukan pendatang dan pencari suaka telah mendapat pujian dan pengiktirafan.
Apa pun, Abdullah kekal berpijak di bumi nyata dan komited kepada visinya untuk Dearborn biar pun mengakui cabaran serta diskriminasi masih wujud di bandar berkenaan. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca