[INFOGRAFIK] TEKA-TEKI berhubung tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akhirnya terjawab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] TEKA-TEKI berhubung tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akhirnya terjawab.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian.

Tarikh bagi penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala hari mengundi awal pada 8 Ogos, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

PRN tersebut diadakan bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 40 DUN Pulau Pinang, 36 DUN Negeri Sembilan, 36 DUN Kedah, 45 DUN Kelantan dan 32 DUN Terengganu.

Berdasarkan data Pemilih Pilihan Raya yang dikeluarkan SPR, lebih kurang 9.7 juta pemilih layak membuang undi pada 12 Ogos nanti yang mana 4.8 juta merangkumi lelaki manakala 4.9 juta melibatkan perempuan.

Mereka terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 orang tentera serta pasangan, 47,728 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Klik di sini untuk terus membaca