SELEPAS 80 hari berada dalam keadaan dan disiplin normal baharu, nampaknya rakyat Malaysia sudah boleh menyesuaikan diri dengan rutin dan kelaziman itu dalam kehidupan seharian masing-masing.
Sejak penularan virus pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac lalu di seluruh negara meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Ia kemudian dilanjutkan sehingga 14 April, disusuli lanjutan sehingga 28 April dan kemudian sehingga 12 Mei.
Apabila kes jangkitan Covid-19 makin meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei yang membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
PKPB kemudian dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini. Seperti biasa, setiap kali tarikh lanjutan sekatan pergerakan itu bakal berakhir, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat sidang media.
Sidang media Perdana Menteri akan selalu dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masing-masing ingin mengetahui sama ada sekatan pergerakan akan diteruskan atau ditamatkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini pelaksanaan PKPB berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.
Kes (Covid-19 di Malaysia) kebolehjangkitan ialah 3.55 bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang dan apabila laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 (semasa PKPB) R0 menjadi 0.3 bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang.
Fakta yang dibentangkan jelas menunjukkan model yang diperkenalkan kerajaan kini berada di peringkat pemulihan terakhir.
Persoalannya sekarang, apa kemungkinan keputusan Perdana Menteri hari ini? Adakah PKPB diteruskan atau ditamatkan?
Klik di sini untuk terus membaca