PADA minggu lalu, seluruh negara digemparkan dengan berita pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu. Ini berikutan permohonan... Klik di sini untuk terus membaca

PADA minggu lalu, seluruh negara digemparkan dengan berita pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.

Ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Azhar Abdul Hamid kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pendakwaan ingin menggugurkan semua pertuduhan dalam kedua-dua kes (rasuah dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Musa.

Ramai yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku memandangkan kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) ketika itu telah menghabiskan banyak masa untuk membawa Musa ke muka pengadilan.

Sebelum itu, kita turut dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apabila kedua-dua kes berkenaan dikaitkan, maka terlintaslah dalam fikiran kalangan rakyat bahawa apakah pembebasan Musa dan Riza Shahriz itu mempunyai hubungan rapat dengan politik?

Maka tidak hairanlah apabila ada netizen mengaitkan kes tersebut di media sosial dengan pesalah yang mencuri petai terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 bulan sedangkan orang yang terlibat dengan tuduhan rasuah membabitkan ratusan juta dibebaskan dengan mudah.

Hal yang sama sebenarnya turut berlaku sebaik sahaja PH mengambil alih pemerintahaan kerajaan pada Mei 2018.

Setelah era Barisan Nasional (BN) ditumbangkan, kes pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah dibicarakan di mahkamah digugurkan dan Guan Eng dibebaskan.

Kita mahu keadilan undang-undang ditegakkan dalam negara kita. Dengan adanya perbicaraan yang telus dan tulus, persepsi negatif bahawa pembebasan pemimpin politik ada kaitan dengan campur tangan politik tentu tidak akan timbul lagi.

Klik di sini untuk terus membaca