MALAYSIA baru-baru ini mengambil langkah berani untuk menyemak semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sebelum ini ditetapkan kepada RM2,208 berbanding RM980 sebulan. Langkah itu turut mendapat pujian daripada Bank Dunia kerana kaedah... Klik di sini untuk terus membaca

MALAYSIA baru-baru ini mengambil langkah berani untuk menyemak semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sebelum ini ditetapkan kepada RM2,208 berbanding RM980 sebulan.

Langkah itu turut mendapat pujian daripada Bank Dunia kerana kaedah atau metodologi garis kemiskinan Malaysia yang digunakan sebelum ini tidak dikemas kini sejak 2005 dan nilai sebenarnya tidak berubah sejak dirangka pada 1977.

Ekoran daripada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengadakan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas dan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2019.

Banyak penemuan menarik yang ditemui dalam hasil kajian yang dijalankan dan satu daripadanya ialah tahap gaji yang diterima oleh pekerja swasta di negara ini didapati rendah berbanding dengan negara maju.

Berdasarkan kepada perbandingan, daripada RM100 yang diterima oleh majikan, pekerja Malaysia menerima sebanyak RM36 sahaja daripada majikan terutama mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan dan peruncitan.

Sedangkan di negara-negara maju, daripada RM100 yang diterima oleh majikan, pekerja mereka menerima sebanyak RM60.

Bagaimanapun, hanya pekerja sektor minyak dan gas di negara ini menerima kadar upah lebih tinggi iaitu sebanyak 80 peratus berbanding pekerja biasa kerana sektor tersebut memerlukan pekerja berkemahiran tinggi dan profesional.

Punca utama keadaan itu berlaku adalah kerana Malaysia merupakan negara berintensifkan buruh manakala di negara maju sudah banyak menggunakan automasi dan teknologi.

Berbalik kepada realiti di Malaysia, timbul persoalan sejauh mana majikan-majikan di negara ini dapat membayar gaji yang tinggi kepada golongan pekerja.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan meneliti semula paras gaji minimum di negara ini dan menaikkannya kepada RM2,700 sebulan selaras dengan PGK yang diumumkan itu.

Sehubungan itu, rakyat berharap isu gaji yang hangat diperkatakan ketika ini dapat perhatian utama daripada kerajaan.

Klik di sini untuk terus membaca