MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat semalam berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbuka kepada cadangan... Klik di sini untuk terus membaca

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat semalam berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbuka kepada cadangan penambahbaikan terhadap Akta Pilihan Raya seperti yang dicadangkan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas).

Menurutnya, Mohamed Nazri pada sesi perbahasan telah mencadangkan supaya Akta Pilihan Raya dipinda bagi membolehkan pertandingan membabitkan parti yang bertanding, bukannya nama individu untuk mengatasi isu lompat parti sehingga menjejaskan kestabilan negara.

Terdapat dua asas yang dikemukakan untuk melakukan pindaan kepada akta ini. Pertama, langkah menonjolkan lambang parti berbanding calon ketika pilihan raya mampu mengekalkan kestabilan politik dan mandat rakyat. Ini kerana parti yang menang boleh menamakan ahli Parlimen di kawasan tersebut.

Kedua, kaedah itu didakwa boleh mengelakkan wakil rakyat menjual kerusi mereka untuk kepentingan peribadi dan mengelakkan isu tidak berintegriti. Rasuah mula timbul apabila ahli Parlimen ditawar lompat parti, khususnya ketika kerajaan hampir jatuh.

Sudah sampai masa satu akta khusus mengenai isu lompat parti digubal bagi menjamin kestabilan politik dan pentadbiran negara kita untuk jangka masa panjang.

Rakyat sudah tidak mahu melihat aktiviti lompat-melompat parti dalam kalangan wakil rakyat dilakukan sewenang-wenangnya seumpama menukar baju.

Amat menyedihkan apabila betapa mudahnya sesebuah kerajaan bertukar sekelip mata kerana sikap ahli politik yang tiada integriti.

Kita tidak mahu demokrasi terus dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Ahli-ahli politik perlu mengamalkan politik yang bermaruah, berwibawa dan berprinsip.

Kononnya memperjuangkan suara rakyat, hakikatnya rakyat yang diperkudakan untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Tentunya bukan ini yang rakyat mahu. Buang masa dan tenaga ketika beratur panjang ketika mengundi, bahkan perbuatan itu membazir wang negara.

Klik di sini untuk terus membaca