HANYA enam hari lagi Malaysia akan mengakhiri tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat pada 31 Ogos ini. Ia merupakan salah satu daripada siri PKP dengan PKPP merupakan fasa yang paling anjal apabila sektor... Klik di sini untuk terus membaca

HANYA enam hari lagi Malaysia akan mengakhiri tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat pada 31 Ogos ini.

Ia merupakan salah satu daripada siri PKP dengan PKPP merupakan fasa yang paling anjal apabila sektor ekonomi kembali dibuka dan rakyat boleh hidup hampir seperti biasa.

Bagaimanapun, dalam tempoh PKPP, masih banyak peraturan yang tetap terkuat kuasa dan diwartakan demi mengawal penularan Covid-19.

Antaranya prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan, waktu operasi bisnes sehingga jam 12 tengah malam, larangan sektor pelancongan luar negara, penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan SOP solat jemaah di masjid.

Namun dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan menghantui dunia tidak kurang daripada dua tahun, Malaysia tidak wajar memandang mudah virus maut itu.

Majlis Keselamatan Negara wajar mengambil serius cadangan banyak pihak termasuk Kementerian Kesihatan yang menggesa PKPP diteruskan untuk satu tempoh yang lebih panjang.

Dari masa ke masa seperti yang MKN lakukan sebelum ini, kelonggaran peraturan boleh dibuat secara berperingkat mengikut situasi dan tahap pemulihan.

Cuba kita bayangkan dalam tempoh PKPP ini pun, bukan sedikit kluster yang muncul dan mencetuskan panik ramai antara kluster Sivagangga, kluster Maju serta kluster Kluang.

Kita bimbang, jika rakyat dibebaskan sebebasnya daripada sebarang peraturan di bawah PKPP, kluster yang menular kembali menjadi wabak besar seperti kita yang pernah alami sebelum ini.

Kita mungkin boleh mengambil teladan daripada situasi di Melbourne, Australia dan beberapa kota lain di seluruh dunia. Melbourne terpaksa melakukan semula perintah berkurung selepas virus Covid-19 naik mendadak sehingga 190 kes sehari.

Kita telah melalui fasa pertama PKP dengan peraturan sangat ketat selama 47 hari dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu. Ia tempoh 47 hari yang sangat perit dan penuh kisah duka pada zaman milenium ini.

Justeru, adalah lebih baik kita hidup berjaga-jaga di bawah PKPP, berbanding mengulangi semula kehidupan pada zaman PKP.

Klik di sini untuk terus membaca