Sila log masuk terlebih dahulu.

Derita petani Turki dua tahun tidak terima hujan

08 Oktober 2021
Beberapa buah traktor membawa tangki-tangki besar untuk mengisi air di sebuah pusat pengedaran air akibat ketiadaan hujan di Akkuzulu, Turki baru-baru ini. - Foto AFP
Beberapa buah traktor membawa tangki-tangki besar untuk mengisi air di sebuah pusat pengedaran air akibat ketiadaan hujan di Akkuzulu, Turki baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

BEBERAPA kawasan di Turki mengalami musim kemarau buruk selepas hujan tidak turun hampir dua tahun di kawasan itu.

Akibat musim cuaca kering itu ia menjejaskan pengeluaran buah-buahan dan tanaman di Turki.

Keadaan itu turut dialami oleh seorang petani wanita, Hava Keles di Akkuzulu terletak di utara ibu kota negara tersebut, Ankara.

Dia merupakan antara ribuan petani di Turki yang mengalami masalah hujan tidak turun di kawasan tanamannya sejak dua tahun lalu.

"Buah tomato, kacang dan lada telah rosak. Buah tembikai saya tidak membesar," kata Keles yang berusia 58 tahun kepada AFP baru-baru ini.

Dia juga mengalami masalah hutang berjumlah ribuan dolar Amerika Syarikat (AS) .

"Suami saya meminta saya meninggalkan kerja-kerja tanaman ini. Tetapi, saya tidak boleh melakukannya. Apakah yang perlu saya lakukan?" soalnya.

Pada musim panas kali ini, para petani di kawasan kejiranannya gagal untuk menemui air di bawah tanah.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada tangki-tangki besar untuk menyimpan air.

Saliran air untuk pertanian kering kontang akibat kemarau teruk di beberapa wilayah di Turki.
Saliran air untuk pertanian kering kontang akibat kemarau teruk di beberapa wilayah di Turki.

Tangki-tangki itu pula akan ditarik oleh traktor ke sebuah pusat pengisian air yang akan digunakan untuk menyiram tanam-tanaman mereka.

Di bahagian barat negara itu pula iaitu di pantai Aegean, terdapat pokok-pokok zaitun ditanam di kawasan bukit di Milas.

Milas ialah kawasan pengeluaran minyak zaitun yang terkenal sehingga mendapat status perlindungan dari Kesatuan Eropah (EU) pada Disember tahun lalu.

Namun, pengeluaran buah-buah zaitun itu kini turut berhadapan dengan risiko.

Ketua Dewan Pertanian Milas, Ismail Atici berkata, hujan sudah tidak lagi turun di kawasan itu.

Menurutnya, jika hujan tidak turun selama satu bulan, dua bulan atau lebih dua bulan lagi, pokok-pokok zaitun tidak lagi subur untuk mengeluarkan buah-buah zaitun.

Justeru, akibat hujan yang tidak turun buat sekian lama, kos petani mengusahakan tanaman juga meningkat.

Seorang petani, Ferdun Cetinceviz, 41, yang mempunyai kira-kira 200 ekor lembu dan tanaman jagung memberitahu, dia kerugian kira-kira AS$4,500 (RM18,885) setiap bulan ekoran ketiadaan hujan.

Dikelilingi dengan persekitaran kering, dia menganggarkan sebanyak 50 peratus tanamannya termasuk jagung terjejas ekoran musim kemarau.

Pada kebiasaannya, para petani di Milas membesarkan tanaman kapas tetapi ia memerlukan banyak air menyebabkan mereka menukarkannya kepada tanaman jagung.

Ketiadaan hujan itu dikaitkan dengan masalah perubahan iklim.

Perubahan iklim itu menyebabkan masalah kebakaran hutan di pantai Mediterranean dan banjir berlaku di kawasan utara negara berkenaan.

Pertanian merupakan sektor penting dalam ekonomi Turki kerana ia mewakili kira-kira enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan menyumbangkan sebanyak 18 peratus tenaga kerja di negara itu.

Turki merupakan negara pengeluaran hasil-hasil tanaman dan menjadi pengeluar pertanian ketujuh terbesar di dunia.

Antara hasil pertanian yang dieksport negara itu ialah teh, buah zaitun, kacang hazel dan buah tin. - Agensi

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Larangan perhimpunan, kempen fizikal PRN Melaka 'canggung dan pelik'
  2. Perlu buka akaun CDS, Bank sebelum melabur
  3. Insentif teknologi hijau domestik
  4. Kadar PGK pasca Covid-19 perlu ditangani
  5. Perkenal semula skim bantuan niaga untuk OKU
default