Sila log masuk terlebih dahulu.

Perbezaan antara fasa pandemik dan endemik Covid-19

11 Oktober 2021
Malaysia kini memasuki fasa endemik selepas 80 peratus populasi dewasa melengkapkan diri mereka dengan dua dos vaksin.
Malaysia kini memasuki fasa endemik selepas 80 peratus populasi dewasa melengkapkan diri mereka dengan dua dos vaksin.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Selepas dua tahun berada dalam fasa pandemik, negara kita kini memasuki pula fasa endemik.

Fasa tersebut akan menyaksikan rakyat Malaysia hidup bersama Covid-19 dengan norma baharu yang memerlukan kepekaan dan kerjasama semua orang agar wabak tersebut berada pada kadar terkawal.

Berbeza ketika berada di dalam fasa pandemik, masa rakyat di negara ini lebih banyak dihabiskan dengan duduk berkurung di rumah untuk mengawal penularan Covid-19.

Hanya mereka yang terlibat dengan perkhidmatan perlu diberi kebenaran untuk meneruskan aktiviti masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

Namun, sebaik sahaja negara memasuki fasa endemik, rakyat dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa dengan syarat mereka telah melengkapkan dua dos vaksin.

Di samping itu, mereka juga diminta untuk terus memakai pelitup muka dan menjaga jarak masing-masing apabila berada di kawasan tumpuan.

Susulan itu, lebih banyak aktiviti yang terhenti sebelum ini disambung semula bagi membolehkan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan normal.

Peralihan fasa tersebut bermula selepas lebih 80 peratus populasi dewasa di negara ini melengkapkan diri mereka dengan dua dos vaksin, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Lebih menggembirakan, orang ramai juga mula dibenarkan pulang ke kampung dan melancong seperti biasa dengan syarat mereka itu sudah lengkap dua dos vaksin.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Larangan perhimpunan, kempen fizikal PRN Melaka 'canggung dan pelik'
  2. Perlu buka akaun CDS, Bank sebelum melabur
  3. Insentif teknologi hijau domestik
  4. Kadar PGK pasca Covid-19 perlu ditangani
  5. Perkenal semula skim bantuan niaga untuk OKU
default