Sila log masuk terlebih dahulu.

Hajat pelajar menang peraduan tercapai
Artikel percuma

Langgan Sinar Premium kerana ingin mencuba nasib dalam peraduan yang dianjurkan

21 Mac 2022 03:07pm | Masa membaca: 4 minit
Annisa amat gembira dapat menjadi pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke sembilan kerana ini merupakan pertama kali dia berjaya memenangi peraduan seumur hidupnya.
Annisa amat gembira dapat menjadi pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke sembilan kerana ini merupakan pertama kali dia berjaya memenangi peraduan seumur hidupnya.
A
A
A

SHAH ALAM- Bagai bulan jatuh ke riba, begitulah keadaan yang digambarkan oleh seorang pelajar jurusan pengangkutan dan logistik apabila berjaya menjadi pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke sembilan.

Annisa Mohammad Shamsir, 24, yang berjaya membawa pulang wang berjumlah RM2,500 itu berkata, dia melanggan Sinar Premium kerana ingin mencuba nasib dalam peraduan yang ditawarkan.

“Saya tahu mengenai peraduan itu dan melanggan kerana ingin mencuba nasib namun saya tidak sangka boleh menang.

“Saya tertarik dengan kenyataan bahawa sesiapa yang melanggan mempunyai peluang untuk menang walaupun serendah RM6.90 sebulan,” katanya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, dia berasa amat gembira kerana dapat menjadi pemenang bertuah walaupun baru sahaja melanggan portal itu pada Januari lepas dengan harga RM35 untuk enam bulan.

“Saya dapat tahu saya adalah pemenang bertuah melalui surat khabar yang dibeli oleh atuk, semalam (Sabtu). Melihat nama saya tertera sebagai pemenang bertuah peraduan itu, nenek terus menghubungi saya dan menyatakan berita gembira itu.

Membaca berita di portal Sinar Premium juga lebih menarik kerana gambar yang lebih besar, tajuk yang lebih jelas serta infografik yang sangat mudah untuk membuat pembaca lebih faham akan berita tersebut.

“Saya terkejut dan sangat gembira kerana tidak pernah memenangi apa-apa peraduan sebelum ini,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Annisa yang berasal dari Jasin, Melaka itu berkata, Sinar Premium menyajikan berita-berita semasa yang eksklusif dan kritis sesuai dengan pelajar sepertinya yang ingin mengetahui tentang isu semasa dengan lebih mendalam.

“Saya suka membaca tentang berita-berita semasa seperti isu yang menyentuh tentang soal kementerian. Saya paling tertarik dengan tajuk utama dan bahagian sosial.

“Selain itu, membaca berita di portal Sinar Premium juga lebih menarik kerana gambar yang lebih besar, tajuk yang lebih jelas serta infografik yang sangat mudah untuk membuat pembaca lebih faham akan berita tersebut,” katanya.

Selain faktor ingin memasuki peraduan yang disediakan, Annisa melanggan Sinar Premium untuk memudahkannya membaca berita pada bila-bila masa, di mana jua.

“Dengan adanya portal berita secara online seperti Sinar Premium, kita sudah tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai membeli surat khabar kerana semua berita berada di hujung jari sahaja.

“Saya juga lebih gemar membaca berita di internet daripada surat khabar jadi ia amat memudahkan pembaca seperti saya,” katanya.

Sebagai pelajar, Annisa merasakan harga yang ditawarkan untuk berita yang eksklusif seperti di Sinar Premium sangat berpatutan untuk semua golongan.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Apa kata MaraFood?
  2. Serangan di Gaza demi survival politik PM Israel?
  3. Belum ada kajian makan hidangan eksotik baik untuk kesihatan
  4. Ini kapal Ahmad Albab yang punya!
  5. Apa nasib KD Mat Kilau?