Sukar pikat hati Melayu luar bandar
WAWANCARA EKSKLUSIF
Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cabaran utama PKR adalah menyantuni kaum Melayu di desa yang ternyata mempunyai isu berlainan melibatkan bahasa, budaya, kemisikinan luar bandar dan hala tuju pendidikan.
Bagaimanapun, beliau komited untuk fokus semula usaha memikat golongan itu sebaik sahaja selesai pemilihan parti.
Ikuti Wawancara Eksklusif bersama Anwar yang turut menyentuh peluang PH pada PRU15, hala tuju PKR serta nasib Melayu pasca pandemik Covid-19 pada JAM 8.30 MALAM INI di semua platform media sosial Sinar Harian.
#WawancaraEksklusif #SinarHarian