Sila log masuk terlebih dahulu.

[MULTIMEDIA] - Measat 3d sedia Internet laju

Tambah baik perkhidmatan sedia ada, rapatkan jurang digital antara lokasi

[MULTIMEDIA] - Tepat jam 5.03 pagi nanti Malaysia akan menghantar sebuah satelit baharu iaitu Measat 3d ke angkasa lepas bagi menambah baik perkhidmatan Internet negara.

Satelit tu akan dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Guiana yang terletak di Kourou, French Guiana menggunakan roket Ariane 5.

Satelit tersebut akan menjadi pelangkap kepada Measat 3a dan Measat 3b yang berada di hotslot 91.5°E.

Ia akan membina ketahanan satelit lain milik Measat, sekali gus meningkatkan kapasiti untuk perkhidmatan terus ke rumah (DTH) Astro, penyiaran, telekomunikasi dan Internet jalur lebar.

Malah, Measat 3d yang menggunakan kapasiti ‘High Throughput Satellite’ membolehkan rakyat Malaysia menikmati Internet berkelajuan tinggi menerusi perkhidmatan jalur lebar satelit 'Connect Me Now'.

Di samping itu, ia juga akan membantu merapatkan jurang digital antara lokasi yang tidak mempunyai liputan 4G, 5G dan gentian di Malaysia.

Measat 3d merupakan satelit baharu milik Measat Global Berhad (Measat).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Measat, Yau Chyong Lim berkata, pihaknya menyasarkan untuk menghubungkan kawasan yang terpinggir daripada akses Internet.

“Kami menyokong inisiatif kerajaan untuk mencapai 100 peratus akses Internet menjelang 2025 sebagaimana disasarkan dalam pelan tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) dan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, teknologi satelit yang semakin ke depan membolehkan pihaknya memenuhi permintaan jalur lebar yang sangat tinggi dewasa ini.

“Ia merupakan platform penting bagi melonjakkan penggunaan aplikasi baharu seperti Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Internet Kebendaaan (IoT),” jelasnya.

Justeru, pihaknya akan memastikan teknologi berkenaan tidak terhad kepada penduduk kawasan bandar yang mempunyai penduduk padat sahaja, tambahnya.