Sila log masuk terlebih dahulu.

Tak patut ada sesi taklimat tertutup tuntutan Sulu: Dr Mahathir
Artikel percuma

22 Julai 2022 11:19pm | Masa membaca: 4 minit
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan sewajarnya tidak ada sesi taklimat secara tertutup membabitkan ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang berkenaan isu tuntutan waris kesultanan Sulu seperti dilakukan, pada Khamis.

Menurut Dr Mahathir, ia disebabkan perkara itu telah dikenali dan diketahui oleh seluruh dunia serta tidak ada apa yang mahu disembunyikan.

"Perkara ini dikenali dan diketahui oleh seluruh dunia. Kita tidak ada apa yang nak sembunyi. Apa yang kita lakukan memang mengikut undang-undang," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, dilaporkan satu sesi taklimat diadakan secara tertutup membabitkan ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang berkenaan isu tuntutan waris kesultanan Sulu berlangsung lebih dua jam.

Mesyuarat yang berlangsung di ibu negara itu berakhir kira-kira jam 11 malam dengan kebanyakan ahli Parlimen yang hadir tidak mendedahkan butiran taklimat disebabkan terikat Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa, kerajaan tidak mahu membenarkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu dibahaskan di Dewan Rakyat juga kerana mempunyai sebab.

"Takut ada orang yang buat salah, dikenal pasti. Jadi, nak sembunyi nama orang itu. Sebab itu mereka tak nak perbahasan dalam Parlimen," katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan