Sila log masuk terlebih dahulu.

'Mahu bebaskan Palestin, kenali dahulu Baitulmaqdis'
Artikel percuma

25 Ogos 2022 03:43pm | Masa membaca: 4 minit
(Gambar kecil: Syed Muhammad Haleem) Baitulmaqdis - Foto Reuters
(Gambar kecil: Syed Muhammad Haleem) Baitulmaqdis - Foto Reuters
A
A
A

SHAH ALAM - Persepsi sebenar Baitulmaqdis perlu diketahui orang ramai terutama umat Islam yang berusaha membebaskan Palestin daripada cengkaman kezaliman Zionis Israel.

Atas kepentingan besar tersebut, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) mencari jalan terbaik membuka minda rakyat Malaysia untuk lebih mengenali Baitulmaqdis dalam erti kata sebenar.

Ketua Biro Haluan Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan berkata, secara umumnya orang ramai lebih mengenali Palestin berbanding Baitulmaqdis yang sebenarnya jauh lebih besar dan penting kepada umat Islam.

Menurutnya, umat Islam perlu mengetahui dengan lebih jelas masalah teras mengenai Baitulmaqdis, seterusnya mampu mencari jalan penyelesaian terbaik yang akhirnya boleh menamatkan krisis hak asasi manusia di bumi bertuah tersebut.

Katanya, sebagai kiblat pertama umat Islam, Baitulmaqdis mempunyai sejarah yang cukup menarik malah Nabi Muhammad SAW sendiri mempunyai pengalaman istimewa menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa, di Palestin.

Menurutnya lagi, perjalanan Rasulullah SAW itu merupakan satu mukjizat yang mengandungi pelbagai pengajaran untuk dihayati dan diambil iktibar.

Malah jelasnya, berdasarkan kisah Israk Mikraj itu, sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Umar Al-Kattab berjaya membuka dan membebaskan Kota al-Quds daripada tentera Rom, selain kejayaan sama berjaya dicapai oleh pahlawan Islam, Salehuddin Al-Ayub semasa Perang Salib.

"Saidina Umar Al-Kattab berjaya membebaskan Palestin yang ketika itu dikenali sebagai Jerusalem daripada tentera Rom.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

"Bagaimana kejayaan besar ini dapat dilakukan oleh Saidina Umar? Semuanya kerana sahabat Nabi itu tahu dengan jelas apa itu Jerusalem dan selok belok mengenainya.

"Atas sebab itu juga Haluan berusaha memberi kefahaman lebih jelas apa itu Baitulmaqdis dan membawa insan yang benar-benar pakar serta berkemahiran dalam politik strategik mengenai Baitulmaqdis, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menjelajah ke negara ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Abd Al-Fattah (kanan) semasa program temu bual eksklusif, Fireside Chat bertajuk Konflik Palestin, Mengubah Persepsi anjuran Sinar Daily dan dijayakan oleh Haluan, Majlis Profesor Negara serta Astro Awani di Shah Alam.
Abd Al-Fattah (kanan) semasa program temu bual eksklusif, Fireside Chat bertajuk Konflik Palestin, Mengubah Persepsi anjuran Sinar Daily dan dijayakan oleh Haluan, Majlis Profesor Negara serta Astro Awani di Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program temu bual eksklusif, Fireside Chat bertajuk Konflik Palestin, Mengubah Persepsi anjuran Sinar Daily dan dijayakan oleh Haluan, Majlis Profesor Negara serta Astro Awani.

Hadir sama Naib Presiden 1 Haluan (Kluster Pendidikan dan Media), Prof Madya Dr Ir Ts Solehuddin Shuib dan Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan Haluan, Mohd Jamil Muda.

Sementara itu, Abd Al-Fattah berkata, misi dirinya menjelajah ke beberapa buah negara termasuk Malaysia bukanlah bertujuan mahu mengumpul dana, sebaliknya berkongsi buah fikiran dan mendapat input-input terbaik daripada pemikir Islam serta golongan ilmuan di negara ini.

Beliau yang mendapat suaka di United Kingdom dan bertugas sebagai Felow Persatuan Sejarah Diraja United Kingdom berkata, perkongsian serta cambahan ilmu daripada ilmuan negara dan mufti mampu memberi jalan terbaik membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis Israel.

Beliau yang juga pakar hubungan antarabangsa Palestin berkata, hasil pertemuan bersama golongan ilmuan negara yang dilakukan dalam tempoh hampir sebulan di Malasysia menyaksikan pelbagai strategi menarik dapat dikumpulkan.

"Saya hadir ke Malaysia bukan bertujuan mengumpul dana atau mendapatkan bantuan kepada rakyat Palestin, sebaliknya misi jelajah saya ini adalah mencari jalan penyelesaian serta strategi yang boleh dimanfaatkan untuk membebaskan Palestin.

"Ada yang mahu menyampaikan sumbangan kepada saya, namun saya katakan simpan duit anda dan saya tidak memerlukannya.

"Apa yang saya cari adalah buah fikiran yang bernas untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Zionis Israel dan ini sangat penting," katanya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan