Sila log masuk terlebih dahulu.

Urus kewangan negara, persediaan macam hadapi maraton

11 September 2022 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Al-Sultan Abdullah (tengah), Sultan Sharafuddin (kiri) dan Tengku Zafrul pada majlis pelancaran buku bertajuk Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of Covid-19.
Al-Sultan Abdullah (tengah), Sultan Sharafuddin (kiri) dan Tengku Zafrul pada majlis pelancaran buku bertajuk Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Mengurus kewangan dan ekonomi negara bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul kerana banyak tuntutan yang perlu dipertimbangkan.

Bagi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggalas tanggungjawab itu disifatkan seperti persediaan untuk menghadapi maraton yang memerlukan persediaan rapi.

“Malah, sejak saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan, saya juga telah berulang kali menjelaskan pembaharuan struktur sebagai penyelesaian jangka panjang yang lebih mampan.

“Bagi saya, mengurus kewangan dan ekonomi negara adalah seperti persediaan untuk maraton. Kita mesti bersedia dari segi mental (kerana adanya kemahuan politik) dan fizikal (melibatkan sumber fiskal yang kukuh) untuk jangka masa panjang yang tiada kompromi.

“Sebagai contoh, kepentingan mengimbangi hasil dan perbelanjaan kerana akhirnya, masa depan anak-anak kitalah dipertaruhkan,” katanya dalam buku bertajuk ‘Weathering The Economic Storm: A Journey Through the Uncharted Waters Of Covid-19.

Buku setebal 188 muka surat yang ditulis sendiri Tengku Zafrul itu banyak berkisar kepada kerjanya sebagai anggota kabinet kerajaan Malaysia dalam menguruskan kewangan negara semasa mendepani pandemik yang melanda sejak awal tahun 2020.

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam masa masa berpandangan pandemik Covid-19 yang disifatkan sebagai ‘ibu’ segala krisis seharusnya dilihat sebagai satu permulaan baharu untuk Malaysia membina negara yang lebih berdaya tahan.

“Ramai yang melihat Covid-19 sebagai pengakhiran era bagi dunia. Bagi saya, ia merupakan permulaan baharu bagi Malaysia sebenarnya dengan syarat kita sentiasa bersedia dan menerimanya dengan minda terbuka serta berusaha menambah baik aspek-aspek utama negara yang tercinta,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Jelasnya, pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah membuka ruang kepada negara untuk melakukan pembaharuan struktur berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan inovasi dalam pelbagai sektor antaranya pendidikan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

“Seperti yang telah diperkatakan berulang kali, wabak ini sebenarnya juga merupakan peluang keemasan untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik.

“Saya harap di dalam buku ini bukan sahaja dapat menjelaskan apa yang telah kerajaan lakukan melalui Covid-19, termasuk menyediakan bantuan kewangan yang cepat dan diperlukan untuk mangsa banjir terburuk dalam sejarah baru-baru ini tetapi juga bagaimana saya fikir kita boleh membina daya tahan untuk memastikan kita lebih berani menghadapi masa depan,” katanya.

HARGAI PETUGAS HADAPAN EKONOMI

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, buku berkenaan sebagai penghargaan kepada petugas hadapan ekonomi yang bertungkus lumus berjuang menangani cabaran Covid-19 bagi memastikan negara dapat pulih kembali seperti biasa.

Beliau juga berkata, buku tersebut merupakan kompilasi daripada nota yang disimpannya semasa usaha memerangi pandemik, cerapan di sebalik dasar ekonomi responsif yang dibuat Kementerian Kewangan (MOF).

"Kita merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar bagi tiga suku berturut-turut dan saya optimis, yang sekiranya kita terus berganding bahu berjuang bersama-sama, masa depan yang cerah menanti kita.

"Semoga buku ini akan dapat mengingatkan kita kepada ciri tersendiri negara kita, ketabahan kita dan keberanian kita. Semoga Malaysia terus berjaya mengharungi apa juga badai yang datang melanda," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tengku Zafrul (kanan) ketika majlis pelancaran buku bertajuk Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of Covid-19 yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah (tengah) dan Sultan Sharafuddin (dua dari kiri).
Tengku Zafrul (kanan) ketika majlis pelancaran buku bertajuk Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of Covid-19 yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah (tengah) dan Sultan Sharafuddin (dua dari kiri).

Dari segi ekonomi secara keseluruhan, Tengku Zafrul berkata di peringkat kementerian, beliau dan pasukannya perlu berfikir di luar kotak dan bertindak pantas kepada keperluan rakyat dan dalam masa yang sama melaksanakan keperluan fiskal secara bertanggungjawab.

"Buku ini bukan hanya sekadar catatan semasa saya bersama Kementerian Kewangan, tetapi apa yang lebih penting, ia adalah penghargaan kepada petugas hadapan ekonomi kita, yang sehingga sekarang, menjadi wira yang tidak didendang dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

"Oleh itu, menjadi harapan saya buku yang saya tulis ini akan menjadi catatan tepat tentang apa yang petugas ekonomi - di MOF, kementerian dan agensi kerajaan lain - lakukan untuk menghalang ekonomi daripada jatuh merudum semasa pandemik," katanya.

Beliau juga berkata buku tersebut turut menyingkap bagaimana Malaysia dapat mengharungi cabaran ekonomi baharu dan lama dengan menjadi reformis, daripada terus kekal kompetitif bagi pelaburan hinggalah kepada menangani cabaran iklim.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Cadang Pemuda UMNO tolak lantikan kabinet, GLC
  2. BN wajar dapat kuota lebih dalam kabinet
  3. Teknologi kawal subsidi bersasar
  4. Rakyat Malaysia melancong ke Israel bukan suatu isu
  5. Bahasa di mulut pemimpin