Sila log masuk terlebih dahulu.

Adakah AS dengar rayuan Palestin?

13 November 2022 08:00am | Masa membaca: 4 minit
Kedutaan sementara AS kini terletak di antara tanah yang tidak mempunyai pemilik di barat dan timur Baitulmaqdis.
Kedutaan sementara AS kini terletak di antara tanah yang tidak mempunyai pemilik di barat dan timur Baitulmaqdis.
A
A
A

PADA Disember 2017, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump membuat keputusan yang kontroversi apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara Israel.

Sejajar dengan pengiktirafan itu, Trump juga mengambil keputusan bagi memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Justeru, kedutaan negara Uncle Sam itu dipindahkan dari Tel Aviv ke sebuah kawasan sementara di Baitulmaqdis.

Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Tempatan Baitulmaqdis kemudian merangka projek pembinaan pejabat tetap kedutaan AS itu.

Israel sebelum ini menegaskan bahawa ibu kotanya merangkumi seluruh Baitulmaqdis tetapi penduduk Palestin mendakwa Baitulmaqdis Timur adalah sebagai ibu negara mereka pada masa depan.

Baru-baru ini, pihak majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai Israel memberi tempoh selama 60 hari untuk orang ramai mengemukakan ulasan berkaitan dengan rancangan pembinaan kedutaan tersebut sebelum keputusan mengenai projek itu dimuktamadkan.

Pelan pembangunan itu adalah termasuk bangunan kedutaan, pejabat, kediaman, tempat letak kereta dan struktur keselamatan.

Ia akan menggantikan pejabat kedutaan sementara AS di Baitulmaqdis namun tiada tarikh bila ia dijangka siap sepenuhnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kedutaan itu akan dibina di Derech Hebron antara Jalan Hanoch Albek dan Jalan Daniel Yanovsky, kawasan yang dikenali dengan nama Kem Allenby.

Kerakusan Zionis

Israel merampas Palestin pada tahun 1948.

Berdasarkan Rancangan Pembahagian Palestin 1947 yang digubal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Baitulmaqdis merupakan kawasan yang akan ditadbir oleh sebuah badan antarabangsa.

Bagaimanapun, Israel kemudian menjajah barat bandar itu sebelum memperluaskan lagi jajahannya di bahagian timur melalui Perang Enam Hari yang berakhir dalam bulan Jun tahun 1967.

Israel kemudian menggabungkan seluruh bandar itu ke dalam penguasaannya pada tahun 1980.

Namun, tindakan rejim Zionis itu tidak diiktiraf sebagai sah dalam undang-undang antarabangsa yang masih menganggap bandar itu sebagai wilayah yang dijajah.

Tentera rejim Zionis meraikan penawanan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur pada 1967.
Tentera rejim Zionis meraikan penawanan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur pada 1967.

Itulah puncanya yang menyebabkan sebahagian besar negara masih mengekalkan kedutaan masing-masing di Tel Aviv seperti United Kingdom (UK) dan Australia.

Pada awal bulan ini, UK di bawah pimpinan Perdana Menteri baru, Rishi Sunak menyatakan pihaknya tiada rancangan untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sekali gus menolak kenyataan bekas Perdana Menterinya, Liz Truss tentang kemungkinan kedutaan itu berpindah dari Tel Aviv.

Tekanan kepada AS

Baru-baru ini, AS digesa untuk membatalkan rancangan bagi membina kedutaan baharu di Baitulmaqdis di atas tanah yang didakwa dirampas daripada keluarga Palestin.

Gesaan itu dibuat menerusi surat yang ditulis oleh pertubuhan hak-hak asasi Palestin yang dikenali sebagai Adalah dan Pusat Hak Perlembagaan (CCR) bagi pihak keluarga Palestin dan dihantar pada Khamis lalu kepada Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken serta Duta Besar AS ke Israel, Thomas Nides.

Kedua-dua pertubuhan itu menyatakan dalam surat setebal 45 muka surat itu bahawa jika AS meneruskan rancangan itu, ia bersubahat dengan Israel kerana merampas tanah milik Palestin.

Tanah keluarga Palestin

Pertubuhan-pertubuhan itu turut melampirkan kontrak sewa antara pihak berkuasa Mandat British yang mentadbir Palestin selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah dengan keluarga Palestin yang memajak sementara tanah mereka yang kemudian menjadi sebahagian daripada pangkalan tentera Allenby Barracks.

Kedua-dua pertubuhan tersebut mendakwa tanah itu dirampas oleh Israel di bawah Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir sekali gus memberikan ia kuasa untuk merampas harta dan aset penduduk Palestin yang terpaksa mereka tinggalkan semasa peristiwa Nakba.

Penindasan Nakba adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran paksa penduduk Palestin yang dilakukan rejim Zionis pada tahun 1948 sehingga menyebabkan kira-kira 15,000 penduduk tersebut terkorban dan lebih 700,000 lagi hilang tempat tinggal.

Sehubungan itu, jika kedutaan tersebut dibina, kedua-dua pertubuhan menyatakan, ia akan dibina di atas tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Sebahagian daripada tanah itu adalah milik keluarga Rashid Khalidi yang menganggap kerajaan AS terlibat dalam kecurian tanah dengan membina harta persendirian.

Rashid yang merupakan profesor pengajian Arab moden di Universiti Columbia memberitahu Middle East Eye pada Jumaat lalu bahawa surat itu sepatutnya meletakkan kerajaan AS dalam kedudukan yang sangat memalukan.

Ali Qleibo iaitu seorang profesor universiti yang telah bersara dan berusia 70 tahun memiliki dua hektar tanah memberitahu Arab News bahawa Israel telah merampasnya di bawah Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir.

Sehubungan itu, adakah Presiden AS, Joe Biden akan mendengar bantahan daripada dua pertubuhan hak-hak asasi dan penduduk Palestin itu dan tidak meneruskan pembinaan kedutaan negara tersebut di Baitulmaqdis?

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan