Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Tiket KTMB terjual lebih 80 peratus
Artikel percuma

14 November 2022 08:25am | Masa membaca: 4 minit
KTMB menyediakan perkhidmatan tren ETS tambahan sebanyak 2,520 tiket bagi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral dan Butterworth-KL Sentral melibatkan lapan frekuensi perkhidmatan.
KTMB menyediakan perkhidmatan tren ETS tambahan sebanyak 2,520 tiket bagi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral dan Butterworth-KL Sentral melibatkan lapan frekuensi perkhidmatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar tempahan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi perjalanan perkhidmatan tren kereta api elektrik (ETS) dan tren KTM Intercity sudah terjual melebihi 80 peratus setakat ini.

Unit Komunikasi Korporat KTMB berkata, tempahan tiket bagi tiga perkhidmatan syarikat itu melibatkan sektor laluan Kuala Lumpur-Ipoh sudah terjual lebih 93 peratus, diikuti sektor Kuala Lumpur-Butterworth (83 peratus) dan sektor Kuala Lumpur-Tumpat (96 peratus), manakala sektor Kuala Lumpur-Padang Besar sudah melebihi 77 peratus.

Berikutan itu, penumpang dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kehabisan tiket susulan penjualan tiket ETS dan KTM Intercity mendapat sambutan tinggi pada 18 dan 20 November 2022.

"Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan tarikh PRU15 jatuh pada 19 November, orang ramai mula membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan kehabisan tiket, manakala tiket tambahan mula dijual pada 1 November 2022.

"Secara keseluruhan, kadar tempahan tiket perkhidmatan KTMB untuk empat sektor laluan utama meliputi Kuala Lumpur ke Butterworth, Tumpat, Ipoh dan Padang Besar sudah mencapai 77 hingga 96 peratus," ujar jurucakap KTMB kepada Sinar Premium.

KTMB turut menawarkan 1,432 tiket pergi dan balik bagi tren khas laluan KL Sentral-Tumpat-KLSentral bagi perjalanan 18 November dan 20 November dengan sejumlah 1,079 tiket telah berjaya terjual setakat ini.

Selain itu, KTMB turut menawarkan tambahan perkhidmatan tren ETS sebanyak 2,520 tiket bagi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral dan Butterworth-KL Sentral melibatkan lapan frekuensi perkhidmatan yang disediakan bagi tarikh perjalanan sama.

"Setakat ini, sebanyak 1,766 tiket perkhidmatan tren ETS tambahan berjaya terjual.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

"Keseluruhannya, KTMB menjamin penawaran perkhidmatan tren ETS sebanyak 32 perkhidmatan bagi laluan Gemas-Butterworth-Gemas; Gemas-Padang Besar-Gemas; KL Sentral-Ipoh-KL Sentral; KL Sentral-Butterworth-KL Sentral; dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.

"Bagi perkhidmatan tren Intercity, ia meliputi laluan Johor Bahru (JB) Sentral-Tumpat-JB Sentral; Gemas-JB Sentral-Gemas dan perkhidmatan Shuttle Timuran laluan Gemas-Kuala Lipis-Gua Musang-Tumpat dan sebaliknya," kata jurucakap KTMB itu lagi.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan