Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Tiket kapal terbang 'laku keras' - MAS
Artikel percuma

14 November 2022 08:55am | Masa membaca: 4 minit
Jualan tiket penerbangan domestik sempena hari pengundian PRU15 oleh MAS mencatatkan kadar tempahan luar biasa mencecah 70,000 tiket sehingga kini.
Jualan tiket penerbangan domestik sempena hari pengundian PRU15 oleh MAS mencatatkan kadar tempahan luar biasa mencecah 70,000 tiket sehingga kini.
A
A
A

SEPANG - Menjelang hari pengundian pada 19 November ini, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines Berhad (MAS) mengesahkan menerima peningkatan kadar tempahan tiket penerbangan domestik luar biasa sehingga lebih tujuh peratus berbanding purata jualan harian biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Berhad, Kapten Izham Ismail berkata, sejak syarikatnya melancarkan kempen 'Jom Balik Mengundi' pada 20 Oktober lalu, sambutan penumpang untuk membeli tiket penerbangan sangat menggalakkan apabila hampir 70,000 tempahan tiket sudah direkodkan setakat ini.

Izham
Izham

Berikutan itu, Izham menegaskan pihaknya telah meningkatkan kapasiti jualan tiket penerbangan kepada 30 peratus meliputi destinasi domestik di dalam semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Kelantan serta Sabah dan Sarawak.

"Dengan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor telah mengumumkan sehari sebelum tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu 18 November ini sebagai cuti umum, ia pastinya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung untuk mengundi.

"Justeru, MAS telah menyediakan sejumlah 140,000 tiket penerbangan tambahan dengan mengoptimumkan pengoperasian semua pesawat kami untuk menyokong kelancaran pengangkutan udara demi kemudahan rakyat pada PRU15 nanti," katanya kepada Sinar Premium.

Kapten Izham berkata, bagi menyokong kelancaran pelaksanaan PRU15, MAS turut menambah pengoperasian pesawat syarikat itu daripada 26 kepada 44 buah selain menaik taraf perkhidmatan domestik menggunakan pesawat lebih besar iaitu A330 ke beberapa destinasi di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk kemudahan pengundi.

Sebagai tambahan, beliau menjelaskan pengundi yang menggunakan khidmat MAS dan menempah tiket syarikat itu bermula 11 hingga 27 November ini, boleh menikmati diskaun 20 peratus bagi penerbangan sehala dengan kadar harga murah bermula RM104.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

"Bagi tambahan frekuensi penerbangan sepanjang PRU15 bermula 18 hingga 21 November, laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu melibatkan tambahan sembilan frekuensi melibatkan empat pesawat, diikuti Kuala Lumpur-Terengganu (3), Kuala Lumpur-Tawau (4), Kuala Lumpur-Sandakan (3), Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (1), Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (1) dan Kuala Lumpur Kuching (2).

"Jumlah keseluruhan tambahan frekuensi penerbangan MAS ke seluruh destinasi domestik adalah berjumlah 22 laluan," kata Izham lagi.

Bagaimanapun, sambutan tempahan tiket pulang mengundi bagi perkhidmatan bas ekspres pula tidak menunjukkan indikator bahawa rakyat Malaysia teruja untuk balik mengundi sebagaimana mood PRU14.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, setakat pusingan pertama kempen PRU15, penjualan tiket bas ekspres masih kurang sambutan meskipun berlaku peningkatan jualan bagi beberapa destinasi 'panas' seperti Kuala Lumpur-Kelantan dan Kuala Lumpur-Terengganu.

Sambutan rakyat Malaysia untuk membeli tiket bas ekspres bagi pulang mengundi PRU15 dilihat masih kurang memberangsangkan berbanding senario PRU14. Gambar kecil: Mohamad Asfar
Sambutan rakyat Malaysia untuk membeli tiket bas ekspres bagi pulang mengundi PRU15 dilihat masih kurang memberangsangkan berbanding senario PRU14. Gambar kecil: Mohamad Asfar

"Saya fikir rakyat Malaysia masih bersikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan pulang mengundi kerana kebanyakan mereka mungkin berdepan kelesuan politik.

"Kalau dibandingkan suasana PRU14 di mana ketika ini kami sedang sibuk merancang menyediakan bas tambahan untuk keperluan penumpang pulang mengundi, senario itu belum berlaku lagi. Tiket sedia ada pun masih belum banyak terjual," tegasnya.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. UMNO sudah hilang upaya terima perbezaan pendapat - Exco Pemuda
  2. Jadi PM untuk semua
  3. Kemelut perkahwinan antarabangsa
  4. Apabila sedekah menjadi rasuah
  5. Janganlah jadi sesumpah bila ada kuasa