Sila log masuk terlebih dahulu.

Rugi jika tidak mengundi
Artikel percuma

19 November 2022 07:30am | Masa membaca: 4 minit
Pengundian awal bagi PRU15 telah dijalankan pada 15 November lalu melibatkan 224,828 anggota keselamatan termasuk pasangan bagi memilih bakal kerajaan yang akan dibentuk untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pengundian awal bagi PRU15 telah dijalankan pada 15 November lalu melibatkan 224,828 anggota keselamatan termasuk pasangan bagi memilih bakal kerajaan yang akan dibentuk untuk tempoh lima tahun akan datang.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Profesor Negara (MPN) meminta supaya semua 21 juta rakyat Malaysia yang didaftarkan sebagai pemilih dapat mengundi dengan bijak semasa hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, undi daripada setiap pengundi itu sangat bernilai untuk masa depan negara.

Menurutnya, rakyat perlu keluar mengundi beramai-ramai kerana PRU15 menjadi penentu kepada kestabilan politik, ekonomi dan perpaduan negara selepas ini.

“Semua rakyat perlu sedar bahawa negara dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan kestabilan politik.

Raduan
Raduan

“Kita juga baru keluar daripada fasa pemulihan akibat pandemik dan kegawatan ekonomi yang dijangka berterusan sehingga tahun depan, selain perpaduan juga perlu dikekalkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Berikutan itu, Raduan menegaskan, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang boleh membawa negara dan rakyat keluar daripada masalah-masalah tersebut, seterusnya memacu semula pertumbuhan ke arah mencapai negara maju.

“Jadikanlah PRU15 ini satu peluang untuk kita mendapatkan sebuah kerajaan yang kuat,” ujar beliau.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Tambahnya, selain perlu bijak, pengundi mesti mengundi secara bertanggungjawab dan mempunyai keazaman untuk sama-sama membawa negara ke hadapan.

“Dalam persaingan sekarang, kita dengar banyak tawaran daripada pelbagai parti. Oleh itu, kita perlu lebih realistik terhadap tawaran-tawaran tersebut.

“Jangan lagi terperangkap dengan janji-janji yang tidak boleh ditunaikan,” jelas beliau.

Sementara itu, Profesor Sains Politik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, kebijaksanaan pengundi ketika pengundian akan mencorakkan masa depan negara.

Jayum
Jayum

“Semasa pengundian, kebijaksanaan itu terletak kepada pengundi dan bukan kepada pemancing undi, jadi memang perlu bijak memilih.

“Kena pandai pilih calon yang mereka suka, bergantung kepada bagaimana masa depan negara yang mereka mahukan,” tegasnya.

Beliau yang juga Felo Akademi Sains menjelaskan, setiap undi yang dikira nanti akan menubuhkan sebuah kerajaan baharu sebaik selesai PRU15.

“Kalau kita tidak mengundi, maka kita akan rugi kerana telah hilang peluang untuk memberi input menubuhkan kerajaan seperti yang kita mahukan.

“Sebab itu, walau dalam apa keadaan sekalipun, seboleh-bolehnya kita mesti turun mengundi dan pergi ke pusat mengundi untuk melunaskan tanggungjawab kita demi negara, bangsa serta agama,” kata beliau.



Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan