Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiada parti capai majoriti 112
Artikel percuma

Penganalisis berpendapat kerajaan campuran BN, PN dan GPS adalah terbaik

20 November 2022 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Mazlan
Mazlan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia mungkin menghadapi fenomena Parlimen dan 'kerajaan tergantung' susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu menunjukkan tiada satu gabungan parti politik sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahu pun Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti mudah, atau menang 111 daripada 220 kerusi Parlimen.

Keputusan tidak rasmi dikeluarkan portal http://www.myundi.com.my/ setakat jam 12 tengah malam tadi menunjukkan PH paling banyak menang kerusi dengan 65 kerusi, diikuti PN sebanyak 43 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 21 kerusi, manakala BN hanya 18 kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiga kerusi serta lain-lain (tiga)

Portal berkenaan juga melaporkan PH secara rasmi sudah menang di 17 kerusi Parlimen termasuk di Bagan yang ditandingi Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan adiknya, Lim Hui Ying di Parlimen Tanjong; RSN Rayer di Jelutong; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kuala Selangor.

Keputusan tidak rasmi pula menyaksikan ramai nama besar termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menang di kerusi ditandingi mereka.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, jika dilihat kepada keputusan tidak rasmi memang jelas bahawa Malaysia akan mengalami situasi Parlimen tergantung.

Beliau berkata, ini kerana sehingga jam 12 tengah malam tadi tiada satu gabungan parti politik sama ada BN, PH atau PN memperoleh majoriti mudah atau menang sekurang-kurang 111 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan secara solo.

"Justeru jajaran baharu politik pasti akan berlaku, cuma menubuhkan kerajaan adalah antara PN, BN dan GPS.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada sama ada PH mampu menang lebih daripada 100 kerusi. Jika mereka gagal memperoleh 100 kerusi, saya menjangkakan kerajaan baharu akan terbentuk adalah gabungan sama seperti sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Premium.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

PRU15 menyaksikan lebih 70 peratus atau lebih 15 juta daripada 21.17 juta rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi.

PRU kali ini menyaksikan sebanyak 220 kerusi Parlimen dipertandingkan, selain 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Perak (59), Pahang (42), Perlis (15) dan satu kerusi di Bugaya, Sabah.

Sebelum ini, pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditunda berikutan calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim pada jam 2.27 petang Rabu.

Pengundian kerusi DUN Tioman juga tidak dapat diadakan pada Sabtu berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli kira-kira 3.30 pagi di Hospital Rompin, Pahang.

Susulan itu, SPR menetapkan pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan kerusi DUN Tioman diadakan pada 7 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 24 November dan hari mengundi awal pada 3 Disember.

Sementara SPR dalam satu kenyataan pada petang Sabtu memaklumkan, proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak digantung ekoran cuaca buruk, menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Pengundian awal telah berlangsung pada Selasa lepas dengan 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan