Sila log masuk terlebih dahulu.

Raja Charles larang hidangan foie gras
Artikel percuma

20 November 2022 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Foie gras ialah hidangan mewah popular dari Perancis.
Foie gras ialah hidangan mewah popular dari Perancis.
A
A
A

LONDON - Kumpulan kempen hak asasi haiwan (PETA) United Kingdom (UK) dalam satu kenyataan pada Jumaat menyebut bahawa Raja Britain, Raja Charles III telah melarang hidangan foie gras di semua kediaman diraja.

Istana Buckingham ketika dihubungi AFP yang telah melihat sendiri isi kandungan surat tersebut, bagaimanapun belum mengulas secara rasmi.

Isi kandungan surat yang dihantar oleh seorang pegawai diraja kepada PETA UK itu mengesahkan bahawa hidangan foie gras tidak dibeli oleh keluarga diraja atau individu yang berkhidmat di kediaman diraja dan tiada rancangan untuk mengubah dasar tersebut.

Ia bertarikh 10 November dan ditandatangani oleh Master of the King's Household, Sir Tony Johnstone-Burt.

PETA UK telah sekian lama berkempen untuk mengharamkan foie gras atas alasan etika kerana ia dihasilkan daripada kekejaman manusia.

Foie gras ialah hidangan mewah Perancis dan dibuat daripada hati itik atau angsa yang diternak secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tiada perikemanusiaan. Itik diberi makan secara paksa untuk menghasilkan saiz hati yang besar.
Tiada perikemanusiaan. Itik diberi makan secara paksa untuk menghasilkan saiz hati yang besar.

Itik atau angsa yang diternak diberi makan secara paksa serta berlebihan dalam usaha menggemukkan hati haiwan tersebut.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Raja Charles pernah mengeluarkan ‘produk keji’ itu daripada kediaman diraja semasa memegang gelaran Putera Wales tidak lama dahulu.

“PETA UK telah menerima pengesahan bahawa dasar belas kasihan baginda menjangkau Istana Buckingham dan semua kediaman diraja yang lain,” menurut kenyataan kumpulan itu.

Tambah PETA UK, sebagai tanda terima kasih, kumpulan tersebut akan menghantar hidangan tiruan faux gras yang dibuat oleh cef vegan.

Hidangan foie gras dianggap sebagai makanan istimewa dan sering dimakan pada Krismas atau hanya dihidangkan di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Angsa diternak dalam persekitaran yang amat teruk di sebuah kandang komersial di Perancis.
Angsa diternak dalam persekitaran yang amat teruk di sebuah kandang komersial di Perancis.

Pada masa kini, ia boleh diimport dan dijual di UK tetapi tidak dihasilkan di negara itu.

Kerajaan telah merancang untuk memperkenalkan larangan import terhadap foie gras.

'Hati gemuk'

Foie gras disebut fwah grah secara literal bermaksud hati gemuk. Ia dianggap makanan bagi golongan ‘kayangan’ kerana hanya dihidangkan di hotel bertaraf lima bintang, selain harga bagi produk premium mampu mencecah ratusan ringgit bagi setiap hidangan.

Ia bukanlah sejenis makanan street food dan mula dicipta semasa zaman Mesir purba, namun amat terkenal di Perancis.

Undang-undang Perancis menyatakan bahawa foie gras tergolong dalam warisan budaya dan gastronomi Perancis yang dilindungi.

Bagi golongan marhaen, mereka boleh menikmati hidangan itu dengan membeli produk foie gras bergred rendah yang banyak dijual di pasar raya.

Foie gras adalah hidangan lazat kerana rasanya yang penuh lemak, namun diselubungi kontroversi kerana isu penganiayaan haiwan.

Perancis merupakan pengeksport foei gras utama di dunia.

Fakta mengerikan foie gras

Foie gras dihasilkan dalam tubuh itik atau angsa secara berperingkat melalui tiga fasa utama.

Fasa pertama adalah permulaan bagi menghasilkan lemak hati dengan anak-anak itik atau angsa diberi makan seperti biasa sehingga berumur 28 hari.

Pada fasa kedua, itik atau angsa berusia 29 hingga 63 hari dibiarkan keluar mencari makanan sendiri iaitu rumput bertujuan untuk mengembangkan bahagian bawah esofagus secara semula jadi.

Sementara fasa ketiga pula, itik atau angsa mula digemukkan pada hari ke-63 sehingga hari ke-90.

Hidangan foie gras dianggap tiada etika kerana dihasilkan daripada kekejaman manusia.
Hidangan foie gras dianggap tiada etika kerana dihasilkan daripada kekejaman manusia.

Setiap angsa diberi makan makanan berasaskan jagung secara paksa tiga hingga empat kali sehari menggunakan tiub berukuran 20 sehingga 30 sentimeter panjang yang dimasukkan ke dalam tenggorok haiwan tersebut bagi memastikan makanan terus mengalir ke dalam perut.

Proses memberi makan secara paksa dilakukan tanpa henti sehingga hati itik atau angsa berubah menjadi besar, mencecah 10 kali ganda daripada saiz normal.

Itik dan angsa itu diternak dalam sangkar yang sangat kecil supaya ia tidak boleh bergerak, bertujuan menjimatkan tenaga seterusnya menghasilkan lemak dengan lebih cepat.

Ia dibiarkan kesakitan dan sama ada mati kerana terseksa atau mati disembelih.

Itik biasanya disembelih pada usia 100 hari, manakala angsa adalah pada usia 110 hari. - Agensi

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan