Sila log masuk terlebih dahulu.

Selain Pejuang, PH parti kedua tertinggi hilang deposit
Artikel percuma

PH merekodkan kekalahan teruk sehingga hilang wang pertaruhan di semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

21 November 2022 04:55pm | Masa membaca: 4 minit
Jumlah calon hilang deposit ikut parti.
Jumlah calon hilang deposit ikut parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berakhir pada Sabtu lalu menyaksikan sebanyak RM3.77 juta wang pertaruhan hangus melibatkan 377 calon bertanding.

Setiap calon yang bertanding kerusi Parlimen perlu mempertaruhkan wang deposit sebanyak RM10,000 dan wang itu hanya akan dipulangkan selepas calon memperoleh lebih daripada satu per lapan dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menjadi parti tertinggi menyumbang kepada nilai tersebut selepas kesemua 117 calonnya, diketuai bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas sehingga hilang wang pertaruhan.

Antara pemimpin kanan Pejuang yang turut hilang wang pertaruhan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Abd Ghani Ahmad, manakala Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya gagal merampas kerusi Sungai Petani daripada Pakatan Harapan (PH).

Parti kedua tertinggi yang merekodkan kehilangan wang pertaruhan yang besar dalam saingan PRU paling sengit dalam sejarah Malaysia adalah PH dengan 46 calon termasuk satu kerusi di Kota Marudu, Sabah diwakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan satu kerusi di Serian, Sarawak yang diwakili DAP.

PH merekodkan kekalahan teruk sehingga hilang wang pertaruhan di semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Begitu juga di Kelantan yang merupakan kubu kuat Pas, kesemua 14 calon PH tewas di mana 12 daripada mereka hilang wang deposit iaitu di Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Bachok, Rantau Panjang, Ketereh, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.



Perikatan Nasional (PN) yang diperkuatkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas pula merekodkan kekalahan sehingga hilang wang deposit melibatkan 13 calonnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Parti Warisan diketuai Datuk Seri Shafie Apdal pula menyaksikan 29 calonnya kehilangan wang pertaruhan.

Barisan Nasional (BN) yang berdepan kekalahan paling teruk dalam sejarah PRU sejak merdeka selepas hanya menang 30 kerusi, menjadi parti keempat tertinggi yang merekodkan kekalahan sehingga hilang wang deposit melibatkan 24 calonnya.

Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi mimpi ngeri buat BN di mana tiga negeri itu merekodkan calon dari BN yang kehilangan deposit paling tinggi.

Di Pulau Pinang melibatkan tujuh kerusi Parlimen iaitu Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Bagan, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.

Manakala di Selangor juga melibatkan tujuh kerusi Parlimen iaitu di Damansara, Ampang, Pandan, Bangi, Kota Raja, Klang dan Subang.

Sementara di Kuala Lumpur, ianya melibatkan enam kerusi Parlimen iaitu Batu, Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Cheras dan Seputeh.

Perikatan Nasional (PN) yang diperkuatkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas pula merekodkan kekalahan sehingga hilang wang deposit melibatkan 13 calonnya.

Bebas pula, daripada 108 calon yang bertanding, 100 daripada mereka kehilangan wang pertaruhan.

PRU15 mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam sejarah PRU negara.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan