Sila log masuk terlebih dahulu.

Razlan tak setuju BN tawar CSA
Artikel percuma

23 November 2022 07:26pm | Masa membaca: 4 minit
Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii tidak bersetuju perlunya Barisan Nasional (BN) menawarkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) kepada mana-mana gabungan parti politik dalam pembentukan kerajaan.

Beliau sebaliknya berpandangan, apa diperlukan adalah satu gabungan parti yang boleh mentadbir negara ini seperti biasa.

"Sebab saya dapat berita tadi ada antara pemimpin BN yang berjumpa dengan Perikatan Nasional (PN). Maksudnya malam ini kita ada mesyuarat MKT dan saya percaya ia akan melihat apakah kepentingan kedua-dua pihak (PH atau PN) untuk bergabung dengan kita.

"Jadi kita akan kembali kepada Istana Negara untuk memaklumkan perkara-perkara ini," katanya ketika menjadi panelis dalam Program Sinar Live bertajuk 'PM Muhyiddin atau Anwar' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor manakala Hazwan Mokhtar bertindak sebagai moderator.

Muhamad Nadzri sebelum ini mencadangkan agar BN menawarkan CSA kepada mana-mana gabungan parti politik bagi membolehkan semua pihak keluar daripada kebuntuan kemelut politik yang melanda ketika ini.

Dalam pada itu, Mohd Razlan turut tidak bersetuju dengan gesaan sesetengah pihak agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebagai tanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya tak setuju. Sebab kita lihat tidak akan selesaikan masalah depan mata. Masalah depan mata ini adalah masalah rakyat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

"Masalah yang kita tahu bahawasanya tidak boleh melepaskan parti ini dengan memperjudikan tidak mempunyai kerajaan," katanya.

Beliau juga menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan BN kalah dalam PRU15.

"Pandangan saya ia tidak benar sebab semua kalah. PH kalah, PN kalah dan BN kalah. Jadi kita kena berjiwa besar dan fikirkan bagaimana nak bergerak ke hadapan," katanya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan