[MULTIMEDIA] Tahun 2022 akan menutup tirainya dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi, sekali gus memberi laluan kepada kehadiran 2023.
Banyak peristiwa pahit dan manis dicatatkan telah berlaku pada tarikh yang berada di dalam tahun berkenaan.
Setiap satunya meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap rakyat di negara ini, terutamanya hal-hal berkaitan sosial, politik dan ekonomi.
Bagaimanapun, 2021 akan menjadi kenangan manakala peristiwa yang berlaku kekal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Kini, setiap orang memberi tumpuan kepada kehadiran 2023 yang masih tidak diketahui ragam perjalanannya dalam tempoh 365 hari lagi.
Semoga tahun baharu ini menjanjikan sinar bahagia kepada seluruh rakyat di negara ini dalam apa jua sudut sekalipun.