Sila log masuk terlebih dahulu.

Empat jalan penyelesaian atasi konflik di Sabah

10 Januari 2023 08:45am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Empat jalan penyelesaian dicadangkan bagi mengatasi konflik politik di Sabah.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, syor pertama yang boleh digunakan adalah dengan mengadakan usul undi percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor masih mempunyai mandat berikutan dakwaan memiliki sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Dengan adanya usul ini, sokongan itu dibuktikan dan kerajaan yang dipimpin oleh Hajiji akan dapat dipertahankan.

“Usul undi percaya atau tidak percaya paling sesuai dilakukan seperti mana di Perak dalam kes Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dahulu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mujibu menambah, jalan penyelesaian yang kedua adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjadi pendamai berikutan kesemua pihak yang bertelagah adalah satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Jalan penyelesaian ketiga adalah dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO perlu memainkan peranannya disebabkan masalah ini timbul selepas kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak berpuas hati dengan Hajiji.

“Ia juga melibatkan UMNO yang kelihatan berpecah kepada dua kelompok, sesuatu yang tidak bagus buat UMNO dan BN khususnya parti itu yang akan mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan,” jelasnya.

Selain itu ujarnya, jalan penyelesaian keempat adalah dengan Sabah menyegerakan pelaksanaan ordinan anti lompat parti yang ketika ini masih dalam proses perbahasan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pergolakan politik di Sabah tercetus apabila Bung Moktar mengumumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri pada Jumaat lalu.

Pada Ahad pula, Hajiji mengesahkan beliau menerima 44 sokongan daripada ADUN Sabah dan menyatakan kerajaan yang dipimpinnya kini masih dalam keadaan kukuh.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?