Sila log masuk terlebih dahulu.

Suhu politik Sabah dijangka kembali hangat

BN Sabah tidak restu pelantikan dua ADUN dari parti itu sebagai anggota kabinet baharu Hajiji.

11 Januari 2023 08:07pm | Masa membaca: 4 minit
James, Christina dan Jin Zhe mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu.
James, Christina dan Jin Zhe mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri kabinet Sabah yang baharu pada Rabu tidak menggambarkan bahawa kemelut politik di negeri itu telah menemui noktahnya.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melantik dua Timbalan Ketua Menteri baharu mungkin mencetuskan konflik dan kemelut politik baharu di Sabah kerana ramai pihak tidak berpuas hati dengan perkembangan berkenaan.

Bahkan kata Romzi, kemelut politik Sabah akan berterusan selagi tiada perbincangan dibuat dengan parti lain ke arah pembentukan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat.

"Oleh itu, wujud kebimbangan bahawa kemelut politik berterusan ini akan menyebabkan kemungkinan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga mengakibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa diadakan tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, apa yang unitnya sekarang adalah Barisan Nasional (BN) Sabah kini sudah berpecah kepada dua puak iaitu satu kumpulan penyokong Hajiji dan satu lagi berada di blok pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"Ini menunjukkan Hajiji cuba membentuk kerajaan perpaduan namun pada masa sama menolak kumpulan individu tertentu. Jadi saya melihat sukar untuk Hajiji membentuk kerajaan perpaduan," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

DR ROMZI
DR ROMZI

Hajiji Noor pada Rabu mengumumkan rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah, menyaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilantik Timbalan Ketua Menteri I, merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan negeri.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kitingan, yang sebelum ini Timbalan Ketua Menteri II, menggantikan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin manakala Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sebelum ini Timbalan Ketua Menteri III, dilantik Timbalan Ketua Menteri II.

Joachim juga dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmy Yahya daripada BN, dilantik Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya iaitu portfolio disandang Bung Moktar sebelum ini.

Selain itu, seorang lagi ADUN Sugut dari BN, Datuk James Ratib turut mengisi senarai kabinet Hajiji.

Dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) iaitu Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP), turut dilantik sebagai anggota Kabinet baharu.

CHRISTINA LIEW
CHRISTINA LIEW

Christina Liew yang juga ADUN Api-Api merangkap Pengerusi PH Sabah, memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, manakala Jin Zhe yang juga ADUN Luyang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Christina Liew pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri dan memegang portfolio sama ketika pentadbiran kerajaan Parti Warisan (Warisan) dari 2018 hingga 2020.

Rombakan kabinet Sabah itu menyaksikan perubahan dalam lapan daripada 11 portfolio menteri.

Dalam pada itu, Hajiji dalam kenyataan berkata, rombakan kabinet adalah sesuatu yang perlu bagi mengukuhkan kerajaan negeri sekarang.

"Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, saya telah memasukkan ADUN dari PH ke dalam kabinet selain wakil dari UMNO/BN dan GRS.

"Adalah penting bagi kerajaan negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati," katanya.

Bung Moktar (tengah) ketika umumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di bangunan UMNO Sabah pada malam Jumaat.
Bung Moktar (tengah) ketika umumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di bangunan UMNO Sabah pada malam Jumaat.

Berikutan itu, Bung Moktar dalam satu kenyataan berasingan menegaskan UMNO Sabah tidak mengiktiraf pelantikan Shahelmey dan James yang dilantik sebagai Exco Sabah.

Bung Moktar berkata, pendirian itu dibuat kerana UMNO Sabah tidak memberikan cadangan untuk dua ADUN terbabit dilantik menganggotai kabinet pimpinan Hajiji.

"Lagipun UMNO secara konsisten menolak kerjasama bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Hajiji tidak boleh mendakwa lantikan mereka mewakili UMNO-BN melainkan mereka dilantik atas kapasiti peribadi.

"UMNO akan memperhalusi tindakan terhadap pemimpin UMNO yang belot untuk dibincangkan bersama Presiden parti," katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan