Sila log masuk terlebih dahulu.

PJJ USM mentransformasikan masyarakat

16 Januari 2023 08:25am | Masa membaca: 4 minit
Universiti Sains Malaysia.
Universiti Sains Malaysia.
A
A
A

SEBAGAI satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang terpilih bagi Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX), Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa berusaha menjajarkan program yang berlandaskan sembilan teras iaitu Keilmuan, Masa Hadapan, Kelainan, Kelestarian, Kesejagatan, Kemanusiaan, Pengorbanan, Perubahan dan Kesejahteraan.

Dengan mengambil kira sembilan teras APEX ini untuk melahirkan lulusan yang dapat memberi impak tinggi kepada pembinaan masyarakat yang kalis cabaran masa depan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat secara fleksibel dan memberikan peluang kepada mereka yang tidak dapat menyambung pengajian tinggi secara sepenuh masa atas komitmen tugas, tanggungjawab dan juga faktor kewangan.

Baru-baru ini, Pro Canselor USM, Tan Sri Dr M Jegathesan dalam Majlis Konvokesyen ke-60 menyatakan yang USM merupakan universiti pelopor di negara ini yang menawarkan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) agar semua pihak diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian.

Menurutnya, sejumlah 30,000 graduan telah menerima ijazah masing-masing hasil dari program Pengajian Jarak Jauh USM yang telah berusia hampir 52 tahun.

Tambahnya, dalam konteks pendidikan, USM sendiri telah merangka langkah komprehensif dalam memastikan tiada sesiapa yang terbelakang saat negara sedang melonjak mara ke hadapan.

PPPJJ dimulakan oleh USM pada tahun 1971 sebagai Rancangan Pengajian Luar Kampus. Ia merupakan rancangan pengajian terulung dan tertua di Malaysia yang menawarkan pengajian peringkat universiti secara jarak jauh.

Mulai tahun 1994 rancangan itu secara rasminya dikenali sebagai Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) dan dikendalikan khusus oleh PPPJJ. PPPJJ menawarkan empat program sarjana muda iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) major dalam Kewangan, Pemasaran, Strategi dan Pengurusan Organisasi, Sarjana Muda Sains (Kepujian) major dalam Biologi dan Matematik, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) major dalam Sains Politik dan Antropologi-Sosiologi] serta Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dengan major dalam Sejarah dan Kesusasteraan.


Sebagai pelopor dalam agenda pembelajaran sepajang hayat di Malaysia, RPJJ telah memberi sumbangan yang signifikan dalam mentransformasikan ekonomi dan sosial masyarakat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pelajar RPJJ terdiri daripada golongan pekerja yang mengintai peluang mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah untuk meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mencapai kemajuan kerjaya yang lebih baik di sektor kerajaan atau swasta.

Menurut salah seorang Alumni RPJJ, Mohd Irwan Ismail yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PPPJJ USM menggunakan sistem pengajaran yang moden dan terkini selari dengan peredaran teknologi semasa.

Seorang lagi Alumni RPJJ yang baru sahaja menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi kategori cerpen eceran iaitu Amelia Hashim menyatakan RPJJ USM sentiasa berada di hatinya saya mengenali dunia penulisan. Semua subjek teras dan minor sangat membantu dan berupaya memantapkan lagi karyanya.

Sebagai pelajar RPJJ USM, pelajar berpeluang mengikuti pengalaman pembelajaran daripada salah satu universiti penyelidikan tersohor di Malaysia serta universiti yang mempelopori agenda kelestarian, USM berada pada kedudukan pertama di Malaysia dan keempat dunia dalam penarafan kedudukan THE-GIR 2022.

Permohonan kemasukan ke RPJJ bagi ambilan 2023/2024 kini dibuka sehingga April depan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://pohon.usm.my atau hubungi PPPJJ di talian 04-653 2282.

* Mohd Rashid Abdul Rejab adalah Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu