Sila log masuk terlebih dahulu.

Cabaran kerajaan beri pendedahan konsep Madani

20 Januari 2023 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi ekonomi yang lebih mencabar pada 2023.
Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi ekonomi yang lebih mencabar pada 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk memberi pendedahan khusus kepada semua rakyat Malaysia mengenai konsep Madani agar masyarakat berbilang kaum dapat memahaminya dengan lebih jelas.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berpandangan, unsur yang diterapkan dalam konsep itu juga perlu diperluas agar tiada golongan yang rasa tersisih dengan penggunaan perkataan Madani.

“Kerajaan berdepan cabaran untuk memberi keyakinan kepada orang bukan Melayu atau Islam untuk memahami konsep ini (yang) kedengaran seperti perkataan Arab, (kerana) apabila disebut, orang (bangsa) lain akan rasa canggung.

“Oleh itu konsep ini perlu disematkan dalam semua program kerajaan mahupun pendidikan supaya ia boleh dibiasakan dan MPN berharap ada proses untuk pembudayaan serta penghayatan lebih mendalam terhadap keenam-enam unsur yang diperkenalkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan enam tonggak panduan bagi Kerajaan Perpaduan mengemudi negara menerusi konsep Madani.

Enam tonggak tersebut adalah keMampanan; kesejAhteraan; Daya cipta; hormAt; keyakiNan dan Ihsan (Madani).

Dalam pada itu, Raduan berpandangan, kerajaan juga harus menitikberatkan pembudayaan perkataan yang mudah difahami oleh semua kaum agar konsep dan istilah digunakan akan lebih memberi kesan kepada masyarakat.

“Saya sempat bertanya kepada beberapa individu berbangsa selain Melayu, apa yang difahami tentang konsep Madani.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Mereka kelihatan sedikit canggung dengan nama tersebut, (maka) perlu diberi pendedahan, penglibatan menyeluruh kepada kumpulan lain.

“Jika tidak pada masa akan datang, slogan yang dianggap untuk semua (rakyat) tetapi ada sekumpulan yang tidak selesa.

“(Seharusnya) rakyat kena selesa dengan segala konsep yang diperkenalkan kerajaan.

“Sebagai contoh penggunaan konsep 1Malaysia dan Keluarga Malaysia, semua orang selesa, tetapi masyarakat Madani seolah-olah ada canggung, walaupun dari segi falsafah, ia lebih mengesankan dalam soal kehidupan rakyat, tetapi penggunaan ayat perlu dilihat semula,” ujarnya.


INFO
Konsep/Gagasan Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri keempat dan ketujuh)

- Memperkenalkan Wawasan 2020 pada 1991 ketika menjadi Perdana Menteri keempat.

Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri kelima)

- Memperkenalkan konsep Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun berasaskan Islam daripada al-Quran.

- Dilancarkan pada 30 Januari 2004

Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri keenam)

- Memperkenalkan gagasan 1Malaysia pada 2 April 2009.

- Inti pati gagasan ini ialah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri Kelapan)

- Memperkenalkan konsep Kerajaan Prihatin pada April 2020.

- Ia menekankan segala dasar, pentadbiran dan inisiatif mestilah mengutamakan aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri kesembilan)

- Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan pada 22 Ogos 2021 yang dianggap sebagai satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis Covid-19.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri ke-10)

- Memperkenalkan konsep 'Membangun Malaysia Madani', iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan)

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?