Sila log masuk terlebih dahulu.

Konsep Madani diharap beri manfaat kepada semua

20 Januari 2023 07:35am | Masa membaca: 4 minit
Gambar dari kiri: Rafiq Rahman, Muhammad Imran, Selva Raw
Gambar dari kiri: Rafiq Rahman, Muhammad Imran, Selva Raw
A
A
A

SHAH ALAM - Konsep Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat memanfaatkan semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa.

Penolong pengurus di sebuah syarikat swasta di ibu kota, Selva Raw Devadas, 28, berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan agenda baharu.

“Pemimpin perlu pastikan apa yang dijanjikan itu tidak hanya termaktub di atas kertas semata-mata, tetapi harus direalisasikan untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Diharapkan rakyat tanpa mengira kaum akan mendapat manfaat daripada agenda yang diperkenalkan ini, bukan hanya sasar kepada golongan tertentu sahaja, tetapi merangkumi semua.

“Perdana Menteri dan barisan kabinet juga perlu merealisasikan keenam-enam tonggak panduan yang digariskan dalam konsep Madani untuk mengemudi negara," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, kakitangan kerajaan, Rafiq Rahman, 37, berkata, pelaksanaan konsep itu dilihat berupaya memacu Malaysia ke arah lebih sejahtera, harmoni serta menjadi perlambangan sebuah negara yang beridentitikan kepelbagaian agama dan bangsa.

“Keperluan utama yang perlu dititikberatkan adalah sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan khususnya hak istimewa orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini.

“Sekiranya hal ini difahami dan dihadam oleh pembuat dasar, pelaksana dan masyarakat, pastinya agenda Madani ini lebih bersifat kemasyarakatan yang lebih menyeluruh dan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bagi pelatih kecergasan, Muhammad Imran Rozlan, 27, kerajaan disaran untuk memperincikan makna atau istilah Madani agar setiap rakyat dapat memahami dengan lebih jelas tentang konsep berkenaan.

“Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, jadi tidak semua individu dapat memahami konsep tersebut dengan baik.

“Oleh itu, kerajaan perlu lebih agresif dalam memberi pemahaman tentang konsep baharu yang hendak disampaikan,” ujarnya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Shahrul Nazmi Sannusi, 41, berpandangan, meskipun konsep masyarakat Madani pernah diperkenalkan sekitar era 90-an, ia dilihat masih relevan dengan situasi semasa.

“Ini merupakan agenda yang baik bagi menentukan hala tuju baharu untuk rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu mengutamakan usaha mendepani krisis ekonomi dan sara hidup yang semakin meningkat.

“Menyelesaikan hutang dan meningkatkan hasil kerajaan juga perlu diberi fokus,” jelasnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Formula 'segar' untuk UMNO
  2. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  3. Menangani isu-isu dana politik
  4. Muda tidak cukup bagus buat PH?
  5. 'Penjara 30 tahun lebih baik'