Sila log masuk terlebih dahulu.

'Tindakan UMNO memalukan'

30 Januari 2023 09:00am | Masa membaca: 4 minit
Muhamad Muqharabbin
Muhamad Muqharabbin
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO didakwa dilakukan tanpa berlandaskan perlembagaan dan kaedah yang sewajarnya.

Bekas Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, keputusan berkenaan adalah amat mendukacitakan dan memalukan.

“Sebuah parti yang telah lama ini sewajarnya tahu selok-belok undang-undang yang telah ditetapkan oleh RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia), tetapi telah menjadikan parti ini parti yang dikuasai oleh orang yang berkepentingan.

“Contohnya Tan Sri Noh Omar (bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor), seharusnya beliau dipanggil esok (Isnin), tetapi terus dipecat sebelum hari yang dipanggil untuk membela diri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai mengumumkan untuk melepaskan jawatan serentak di peringkat Pusat dan bahagian pada Sabtu setelah tidak bersetuju dengan tindakan UMNO melucutkan dan menggantung keahlian beberapa nama besar selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Jumaat.

Muqharabbin menegaskan, tiada guna beliau sebagai anak muda untuk terus berada dalam UMNO kerana parti tersebut telah dipimpin oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau berkata, RoS perlu berani dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) kerana sewenang-wenangnya telah melanggar undang-undang ditetapkan RoS dan parti.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu