Sila log masuk terlebih dahulu.

'Pemimpin dipecat boleh tentukan kesahihan tindakan di mahkamah'

30 Januari 2023 08:45am | Masa membaca: 4 minit
Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung keahlian oleh parti itu dijangka hanya akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu. - Foto fail/Twitter/@Khairykj (Gambar dalam : Mohd Izani dan Abdul Muqit)
Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung keahlian oleh parti itu dijangka hanya akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu. - Foto fail/Twitter/@Khairykj (Gambar dalam : Mohd Izani dan Abdul Muqit)
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung keahlian oleh parti itu dijangka hanya akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu.

Penganalisis Politik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Muqit Muhammad berkata, apa yang boleh dilakukan ketika ini ialah pemimpin yang dipecat dan digantung membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk menentukan sama ada tindakan itu sah atau sebaliknya.

Selain itu, katanya, pemimpin UMNO juga boleh membuat gerakan dalaman sebagai simbol protes seperti yang berlaku dalam Pas sebelum berpecah di mana ada beberapa pemimpin bergerak di bawah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagai desakan dalaman.

“Kalau gerakan dalaman ini menerima sokongan kuat akar umbi, ini satu tamparan hebat kepada Presiden dan pimpinan atasan parti.

“Bawa kes ke mahkamah mungkin akan mengambil proses yang lama, sedangkan tindakan ke atas pemimpin UMNO tersebut dibuat bagi berdepan dengan pemilihan UMNO tak lama lagi.

“Jujurnya saya kata, mereka hanya akan akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu. Mereka tidak ada keberanian dan kemampuan untuk ambil tindakan yang drastik seperti melakukan desakan dalaman,” katanya bagi mengulas apakah jangkaan tindakan balas yang boleh dibuat daripada mereka yang dipecat dan digantung oleh UMNO susulan dakwaan tindakan yang diputuskan itu membelakangi perlembagaan parti.

Penganalisis Politik, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain pula berkata, beliau menjangkakan pemimpin terlibat dengan tindakan UMNO tidak akan mengambil sikap terburu-buru untuk sebarang tindakan termasuk sama ada menyertai parti politik lain.

“Saya menjangkakan pemimpin UMNO yang terlibat mengambil langkah berhati-hati dan tidak mengambil sikap terburu-buru seperti menyertai parti politik lain.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Rata-rata tidak mahu merayu dan memilih pendekatan selamat walaupun tidak bersetuju dengan cara mereka diambil tindakan oleh UMNO.

“Mereka yang tidak bersetuju mungkin boleh meminta UMNO memberikan penjelasan dan menghantar surat tunjuk sebab kenapa mereka dikenakan tindakan,” ujar beliau.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu